NAKHODA SEBUAH BAHTERA
“Sedar dan ingatlah wahai kaum muslimin sekalian bahawasanya
di hari Qiamat nanti empat golongan daripada lelaki akan ditarik ke neraka oleh
seseorang wanita antaranya ialah: ayah,suami,anak lelaki dan saudara lelaki.
Ana katakan akan perkara ini bukanlah untuk menakut-nakutkan kaum lelaki atau
untuk memperkecilkan kaum Hawa tetapi supaya kaum Adam memainkan peranannya
dengan hak dan berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul mereka.Bagi mereka
yang bergelar ayah dan yang akan bergelar ayah alangkah besarnya tanggungjawab
anda sebagai seorang bapa.Anda perlu menitik beratkan segala keperluan agama
kepada anak dan isteri anda.Jangan biarkan anak-anak perempuan anda tidak
menutup aurat.Bahkan dengan hanya cukup dengan memberi kemewahan yang melampau
anak dan isteri anda akan berada diambang kerosakkan.Jika tidak berwaspada
tunggulah saat-saat anda akan ditarik oleh anak-anak dan isteri anda ke neraka”
“Bang, apa yang difikirkan tu ,sejak tadi saya duk perhati
abang asyik termenung, ni saya ada sediakan air ni, minumlah”
“terima kasih sayang, tak ada apa-apa,Cuma sejak akhir-akhir ini
abang dapat mimpi-mimpi yang pelik je”
“Mainan mimpi je tu bang,tak payah difikirkan sangatlah,nak
senang abang makan je ubat tidur tu senang kerja, tak apa lah bang saya ada
temujanji dengan kawan ni,saya pergi dulu ye.Jumpa malam nanti ya bang”
Remy hanya memandang kosong kearah isterinya.Dari hati kecilnya dia tak
merelakan kepergian isterinya keluar rumah dengan memakai baju ketat dengan
hanya bertali nipis di bahu.selang beberapa minit kemudian anaknya Tasya keluar
menaiki kereta sportnya tanpa berpaling melihat papanya.
“Tasya,Tasya...jangan balik lewat sangat,malam ni papa nak
makan bersama kamu dan mama,ada benda penting yang papa nak cakapkan”
“Tengok lah dulu papa,Tasya pergi dulu, dah lewat sangat dah
ni, bye papa”
Kata-kata ustaz Zaidi masih bermain di kotak fikiran Remy
walaupun sudah seminggu dia terdengar ceramah ustaz tersebut.Hatinya semakin
resah melihat anak dan isteri berada dalam keadaan sedemikian.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEif0X3tpyEhaN2Z4yyGbHX-W4XQqTmmH-_8f82xdaStQ_AHMwfVRWwcn6ufmqBrHF33RolTgBXbbWZs6hUCta9RNerWM9aQ2yT3KXqqJ9f_OyySUeA6awgDvsV1sCWSleefwC2duHHxtsSh/s320/15435397141558l.jpg)
Hari siang bertukar malam.Sekejap
lagi azan maghrib akan berkumandang, tetapi kelibat anak dan isteri tersayang tidak
kelihatan. Resah Remy menunggu kepulangan anak dan isteri tercinta sehinggalah
dia sendiri tertidur.Walaupun hari ini separuh hari dia bekerja tetapi dia
tetap penat berfikir akan mimpi-mimpinya.Jam menunjukkan pukul 1.00 malam, tiba-tiba
deruan enjin kereta anak dan isterinya mengejutkan Remy daripada lenanya.Dia
memandang jam di dinding,rasa amarahnya terasa meruap ke seluruh badan.Tidak
disangka-sangka setiap hari kehidupan isteri dan anaknya setiap malam diisi
dengan keluar malam sampai pulang pada paginya. Lebih menyentapkan hatinya,
anaknya Tasya pulang dalam keadaan yang mabuk. “Selama ketiadaanku di rumah ini kerja mereka rupanya, balik
lewat-lewat malam.” Monolog hati kemaraha Remy.
“Apa nak jadi dengan kamu berdua ni, dah
tak jumpa rumah ke baru sekarang baru nak balik,aku kat rumah ni dah macam
tunggul.Rina kamu sedar tak kamu ada laki kat rumah ni, makan minum aku
langsung kau tak ambil tahu,aku kecewa dapat isteri macam engkau ni,mulai esok
jangan keluar rumah tanpa kebenaran aku, aku tak izinkan.”
“Engkau siapa nak mengarah mama,
tiba-tiba je nak mengarah,kenapa baru sekarang nak suruh itu nak suruh
ini,kenapa bukan lama dulu.Mama tak kawin dengan kau pun mama takkan menyesal
sebab yang menyebabkan engkau sampai ke tahap ni mama,sedar la diri tu sikit
engkau tu siapa.”
PANGG...Sebutir penampar hinggap di
pipi Tasya.Terpana Rina melihat reaksi suaminya yang tak terduga itu.
“Abang...kenapa abang ni, kenapa
Tasya yang menjadi mangsa, saya yang bersalah.Kenapa baru sekarang abang nak
halang kami, kenapa bukan dulu”
Remy terkedu dengan tindakan sepontan
yang dilakukan terhadap anak tirinya itu...
“Papa mintak maaf Tasya papa tak
sengaja”
“engkau bukan papa aku, papa aku dah
lama mati, aku tak akan jejak lagi rumah ni sampai bila-bila.”
“Tasya jangan tinggalkan mama nak, abang,
halang Tasya bang, halang dia.”
Remy hanya kaku melihat
anaknya pergi meninggalkan mereka manakala Rina mengejar Tasya dri belakang
tetapi Tasya lebih pantas bertindak keluar dari kawasan rumahnya.Dengan hati
yang remuk-rendam dan dendam yang membara dia memacu kereta sportnya membelahi
malam yang suram tanpa arah tujuan.Dalam keadaan yang separuh sedar,kereta yang
dipandunya itu bagai ular dipukul palu.Tiba-tiba dari arah yang bertentangan
sebuah lori tangki minyak dirempuh Tasya menyebabkan kedua-dua kenderaan itu
terbalik jatuh ke dalam cerun yang dalam.Tasya merasakan dia berada di
awang-awangan kemudian dunianya sedikit demi sedikit menjadi gelap kelam.
“Abang macam mana dengan anak kita ni
bang, dia tak salah saya yang salah, kenapa abang pukul dia bang,kalau abang
pukul dia semalam benda ni tak akan berlaku”
Teriak dan tangis Rina menyerabutkan
lagi fikiran Remy yang sedia berserabut membuatkan dia bingun
sendirian.Perasaan bersalah mula datang menyelubungi diri Remy.Kata-kata ustaz
Zaidi datang terngiang-ngiang di telinganya, tiba-tiba perasaan takut menyerang
Remy. Dia keluar meninggalkan isterinya ditempat kereta anaknya terbakar untuk
mencari ketenangan, tetapi dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuannya.Di
pinggir jalan,Remy terlihat kubah masjid seolah-olah melambai ke arahnya.Rasa
tenang dan tertarik melihat kubah tersebut membuatkan dia melangkahkan kakinya
ke masjid tersebut.Tiba-tiba dia terasa
badannya bagai kapas ditiup angin terbang melayang.Matanya kabur dan sedikit
demi sedikit dunianya menjadi gelap.Dalam kegelapan yang menyelubungi
dirinya,Remy ternampak sedikit cahaya di baratnya.sekelip mata cahaya tersebut
semakin membesar dan membesar menerangi alam kegelapan.Dari arah cahaya
tersebut datang lah seorang lelaki yang baik paras rupanya memakai jubah putih
dan bertongkat.
“Siapakah saudara,dimana saya,kenapa
saya bersama saudara”
Soalan yang ditanya oleh Remy tiada
jawapannya melainkan lelaki tadi memberinya seutas tasbih lama. Dalam keadaan
tersenyum lelaki tadi menghilang di sebalik cahaya yang terang-benderang. Remy
terkapai-kapai dibelit soalan yang dia sendiri tidak faham.
“Tunggu,tunggu saya,saya nak ikut
tuan,tunggu...”
“Nak,nak...bangun,kenapa tidur di
sini tak elok,dah subuh ni,mari solat subuh berjemaah”
Dalam keadaan masih mamai dan
terkejut,Remy bangun untuk solat subuh,tiba-tiba seutas tasbih lama yang menyerupai
tasbih dalam mimpinya betul-betul berada ditangannya.Dalam keadaan percaya dan
tak percaya dia ke tempat wuduk untuk bersolat.Seusai bersolat dia menadah
tangannya...
“Ya Allah,aku hambamu yang lemah
mengadapMu mencari redhoMu yaAllah.Aku berdosa ya Allah,aku tidak ambil peduli
akan dosa dan pahala menyebabkan aku hanyut dan terus hanyut dibawa arus
kemaksiatan sehinggakan anak dan isteri ku turut terheret sama.Ampuni aku Ya
Allah,aku bertaubat atas segala dosa yang ku lakukan,ampuni anak dan isteriku
juga ya Allah juga kedua ibu dan bapaku.Ya Allah ayah ibuku tidak berdosa dalam
mendidikku,mereka lengkap memberiku didikkan agama tetapi aku yang lupa daratan
menyebabkan aku lupakan Engkau Ya Allah.Ampuni aku ya Allah.”
“Nak ni datang dari mana? Dri tadi
lagi pak cik duk perhatikan yang anak ni tersedu-sedu seorang diri.Boleh pak
cik tahu apa masalah anak manalah tahu pak cik dapat mengurangkan masalah
anak.”
“Saya dari KL pak cik,saya penuh
dengan dosa pak cik,dosa-dosa saya sentiasa menghantui saya,saya bapa yang tak
bertanggungjawab suami yang tak boleh harap.”
“Tak baik memaki diri sendiri kerana
ianya salah satu dosa nak,semua orang ada dosanya tersendiri nak,termasuklah
pak cik kita tak akan terlepas dari dosa nak samada dosa besar ataupun kecil.Anak
ingat satu perkara je,Allah itu Maha menerima taubat hambaNya yang mahu pulang
ke jalanNya.”
“Saya berdosa pak cik, saya biarkan
anak dan isteri saya ditelan kejahilan,saya tak pernah ajarkan kepada mereka
keperluan agama,saya tak pedulikan anak perempuan saya, saya hanya tahu memberi
mereka kemewahan dunia semata-mata. Saya insaf pak cik saya nak ubah keluarga
saya kearah mencari redhoNya, saya dah cukup terseksa dengan kepanasan setiap
malam yang saya lalui.”
“Kamu beruntung ditegur Allah
sedemikian rupa itu nak, itu menunjukkan yang Allah masih sayangkan
kamu,bersyukurlah kamu.Subhanallah, sungguh luas kasih sayang Allah kepada
hambaNya.”
Remy memeluk pak cik tersebut
seerat-eratnya dan menangis semahu-mahunya bagai anak kecil yang kehilangan
ibunya.
Di bilik kelihatan,Rina kelihatan
sedang khusyuk menghadap Tuhan mencari keampunan Yang Maha Esa meminta
keselamatan untuk anak dan suaminya. Dalam doanya dia berdoa...
“Ya Allah, aku hambaMu yang hina-dina
ini datang menghadapMu mencari keampunanMu,ku tahu setiap saat hidup ku yang
lepas sering diiringi dengan dosa dan noda yang aku sendiri ukirkan,aku hambMu
yang kotor datang bersujud padaMu meminta redhoMu Ya Allah,ampuni aku, ampunilah
suami dan anak ku Ya Allah, selama ini kami leka daripada mengingatiMu ,tolonglah
kami untuk kembali ke jalanMu Ya Allah,selamatkanlah anak dan suamiku ,setiap
saat hidup kami, kami memerlukan Mu Ya Allah, terimalah taubat hambaMu ini.”
Rina bersujud diiringi dengan deraian
air mata yang laju mengalir ke pipinya.Dari jauh kelihatan Remy tercegat di
muka pintu bilik menangis kegembiraan kerana doanya dikabuli Tuhan.
“Engkau
penerima taubat Ya Allah,aku bahagia bertuhankan Engkau Ya Allah.” kata hati
kecil Remy.
“Ya Allah panas, panas, aku bertaubat
padaMu Ya Allah, aku menyesal...jangan seksa aku sebegini rupa Ya Allah,aku
akan solat,aku akan tinggalkan arak,aku akan taat pada papa dan mama...ampunkan
aku ya Allah, arghhh...panas...mama,papa tolong Tasya...”
“Cik Tasya, bangun,bangun cik...cik
perlu isi perut tu,nanti masuk angin perut tu nanti.Petang nanti insyaAllah
ayah dan ibu cik akan sampai ke sini.”
“Ani, saya nak solat...”
“Alhamdulillah,bahagianya saya,nanti
saya tolong cik ambil wuduk ye.”
Tasya cuba untuk bersolat sesempurna
mungkin walaupun dirinya terasa lemah dan kerdil dihadapan Nya.Dia berasa
terlalu hina ketika itu,air matanya membuatkan telekung yang di pakainya basah
dihujani air mata taubat.
“Ayah, Ani gembira sangat hari ni”
“Kenapa?”
“Tasya dah mula nak solat,tak sia-sia
usaha saya selama seminggu ini ayah, mengajak dia,saya rasa bagai satu rahmat
untuk saya ayah”
“Alhamdulillah,moga-moga Tasya
mendapat kasih sayang dan hidayah untuk hari-hari yang akan mendatang,tahniah
untuk kamu juga anakku.Rasulullah telah bersabda:’Jika Allah memberi hidayah
lantaran kamu,itu lebih baik bagimu dari setiap yang disinari
matahari’...Riwayat At-tabrani tak silap ayah.”
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu
dari luar dan terdengar orang memberi salam....
“Assalamualaikum”
“wa’alikumussalam”
“Ini rumah Ali bin Daud ke?”
“Ye saya,anda berdua ibu dan bapa
kepada Tasya ke?”
“ya..saya Remy, ini ibu Tasya,Rina.”
“Silalah naik Tasya ada kat dalam,dia
dah semakin bertenaga dah, dah seminggu dia kat sini, baru hari ni selera makan
dia nak terbuka, mungkin dapat rasa ayah dan ibunya nak datang.”
Sudu yang dipegang Tasya jatuh kerana
terkejut melihat kedatangan papa dan mamanya. Mamanya datang meluru memeluk
anak tercinta.Remy pula masih teragak-agak hanya memandang dua orang insan yang
di sayanginya berpelukan melepaskan rindu.Kemudian Tasya cuba untuk berdiri
tegak untuk berjalan ke arah papanya untuk memohon ampun. Tidak sempat untuk
melangkah Remy menyambutnya dari jatuh.Tangan Remy dipegang Tasya untuk
diciumnya.
“Papa...Tasya banyak dosa pada
papa.Tasya minta ampun mintak maaf sebab sakitkan hati papa, pada Tasya,Tasya
bernasib baik sebab ditampar papa, kalau papa tak tampar Tasya, sampai ke saat
ni Tasya tak akan dapat nikmat untuk ketenangan.terima kasih papa sebab tampar
Tasya.”
“Papa rasa bersalah sangat sebab
naikkan tangan kat muka anak papa yang manis ni,papa tahu haram hukumnya
memukul orang khususnya wanita di muka,tetapi amarah yang menguasai papa, papa
jadi hilang pertimbangan, maafkan papa Tasya.”
Dicium pipi yang ditamparnya dulu
dengan penuh kasih sayang sebagai ubat untuk kesakitan yang dulu.
“Mama pun nak mintak maaf sebab tak
menjaga Tasya dengan sempurna,mama rasa mama lah ibu yang paling teruk sekali
di dunia ni,maafkan mama ye nak.”
“Tak..Tasya yang jahat,Tasya anak
yang derhaka,mama dan papa tak salah,Tasya degil.Tasya dah serik terima azab
kepanasan akhirat walaupun di dalam
mimpi,ampunkan Tasya mama,papa,Tasya nak jadi anak yang solehah untuk papa dan
mama kerana Dia,bantu Tasya ye mama,papa”
“Ani, terima kasih kerana tak jemu
untuk mengajak saya solat setiap hari, hanya Allah yang dapat membalas jasa
awak sekeluarga. Walaupun saya banyak menyusahkan awak sekeluarga dengan
melayan kerenah saya, awak tetap setia mengajak saya untuk menyembahNya,terima
kasih Ani atas layanan istimewa awak untuk saya,saya bahagia dapat sahabat
seperti awak.”
“Saya hanya insan biasa, inilah
tanggungjawab kita sesama muslim untuk saling ingat mengingati sesama kita,
saya pun ada silap dan salahnya jugak, saya minta maaf sepanjang perkenalan
kita saya ada meyakitkan hati awak,moga-moga Allah dapat menambahkan ketaqwaan
dalam diri kita kerana keikhlasan kita berteman.”
Semua yang ada di situ mengalirkan
air mata kesyukuran kerana hidayah Allah telah sampai di hati-hati hambaNya
yang inginkan kebenaran dan kasih sayangNya.Dan bukankah Allah telah berfirman
yang bermaksud “Bukankah dengan mengingati Daku hati akan menjadi tenang.”
Setelah empat tahun peristiwa tersebut
belalu, rumah tangga Remy semakin ceria dengan ayat-ayat suci Al-quran.Rina dan
Tasya semakin berubah menjadi insan-insan yang solehah kerana mereka tahu
‘dunia itu hanyalah keindahan semata-mata dan sebaik-baik keindahan itu ialah
wanita solehah.'Remy bersyukur kerana dia dicampakkan taufiq dan hidayah untuk
untuk dia berubah menjadi nakhoda yang soleh untuk keluarganya.