Friday, 19 April 2013

~ MUHAMMAD SI PENOLONG TUA ~

~ Muhammad Rasulullah S.A.W Si Penolong Wanita Tua ~

Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w sedang berjalan di Kota Mekah, baginda terlihat seorang wanita tua menunggu seseorang untuk membantunya membawakan barang. Tatkala Rasulullah lalu di depannya, wanita tua itu memanggil, "Ya Akhal Arab! Tolong bawakan barang ini. Kamu akan ku bayar nanti ! "

Rasulullah s.a.w sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana baginda memang berniat untuk menolongnya. Rasulullah s.a.w pun mengangkat barang-barang itu dan berkata, "Aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran"

Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah. Biasanya, walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang itu akan senang hati akan menerimanya. Dia memandang wajah Muhammad yang bersih dan teduh. Wanita tua itu, yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang peribadi luhur dan jujur.

Di tengah perjalanan, wanita itu memberitahu. "Khabarnya di Kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya !"

Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongnya, yang kini ada bersamanya, adalah Muhammad. lantas Nabi pun memperkenalkan dirinya, "Aku ini Muhammad.."



Wanita tua terperanjat. Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya. Maka pada saat itu juga wanita tersebut terus mengucapkan syahadah. Ucapnya "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang luhur !"

Wahai hati ku, ku seru mu kasihi Muhammad  <3

~ CORETAN HATI ~

~ Coretan Hidup ~ 

Saya jadi teringat beberapa buku novel Islami yang saya baca di mana kebanyakan watak utamanya digambarkan sebagai seorang yang perfect luar dan dalam. Baik, soleh, tak pernah bersangka buruk. Hati suci bersih pure. Sedikit salah atau kecacatan langsung tidak digambarkan. Memang perfect! Orang dah boleh kata memang dia baik macam malaikat sangat dah. 

Buku-buku macam tu kadang-kadang buat saya keliru sama ada mahu percaya atau tidak masih ada lagi manusia seperti itu. Apatah lagi dalam zaman ini. Macam berjumpa dinasour ja rasanya kalau ada yang seperti itu. 

Tapi pagi tadi, hari saya macam dah penuh rama-rama apabila semua orang yang saya jumpa semuanya sangat mengembirakan hari saya. Terasa persoalan dalam hati sudah terjawab. Bagaimana? 

Dalam sibuk-sibuk beratur berebut nak naik bas, ada akhawat melayu yang mendahulukan sahabatnya yang lain walaupun bukan dari batch sendiri. Sewaktu saya terkial-kial nak buka tingkap yang ketat, tiba-tiba ada tangan dari belakang yang membantu tanpa diminta. Bila dipandang oh akhawat Turki rupanya- "syukran!" Smile. Bila nak bangun untuk keluar bas, saya terlanggar seorang akhwat Arab lalu segera saya berundur sambil meminta maaf, tapi dia pula berkali-kali membalas "It's okay, go on. You first," sambil tersenyum. 

Hari ini semua yang saya jumpa semuanya nampak ceria. Waktu makan di kafe, ada yang tiba-tiba datang menghulur air soya hadiah dari doktor mereka. Kami terambil banyak gara-gara teruja tapi mereka cool sahaja sambil ketawa . 

Pendek kata hari ini hari penuh bunga. Best! Kalau setakat orang buat bising, mengantuk atau hal kecil-kecil semuanya macam tak ada kesan. Yang menceriakan itu lebih banyak dari yang meresahkan. Semua orang macam sangat baik la hari nih~ 

Lalu saya jawab pada soalan sendiri : See? 

Hey hati, kenapa mesti nak persoalkan masih wujud atau tidak orang sesempurna itu? Sedangkan Rasulullah dan para sahabat pun pernah tunjukkan akhlak sedemikian. Maka tak mustahil masih ada lagi penyambung dari generasi kini. Kan kau sendiri dah rasa betapa bahagianya kalau semua berakhlak mulia tanpa sengketa ataupun berburuk sangka ? 

Lagipun Allah itu kan ada? Jadi tak mustahil mereka yang kau tercari-cari itu juga wujud di sekeliling kita. 

Lagipun wahai hati, kenapa mesti mencari? Kenapa tidak kau sendiri dahulu yang jadi? 

~ Come on lah HATI ~