Surat untuk mu wahai diri ku,
Bacalah, bacalah dengan nama Tuhan mu yang maha pengasih...
Maafkan aku wahai diriku,
aku sudah malu pada mu wahai diri ku..lebih-lebih lagi malu terhadap pencipta kita.
rasa menyesal mula membelit jiwa ini. Kenapa aku sanggup buat begitu wahai diri ku.. sesal yang tidak-tidak sudah mula berakal dalam diri ini. Bagaimana aku mahu menyelesaikannya aku sendiri pun buntu. Apakah patut gambar ku beri kepada lelaki yang bukan muhrim. Kepala ku berserabut. Kerja-kerjaku masih bertimbun di atas meja nan satu itu. Task-task pula mula memenuhi ruangan hidup ini, Rasa malas pula makin mula membelit diri ini. Kenapa dengan diriku ini wahai diri ku. Adakah alasannya untuk kenal sahaja sudah menjadi bukti yang si dia ingin menyunting aku. Biarlah engkau ingin mengatakan aku ini perasan, aku tidak kisah, tapi itu yang ku rasakan kerana aku tahu wahai hati ku engkau akan cepat tersa dengan gerak rasa ini. Wahai diriku, maafkan aku kerana telah membuatkan engkau pun terbuai sama dengan perasaaan yang memang fitrah manusia untuk merasainya. Aku sendiri tidak menyedari sanggupnya aku memberi sekeping gambar ku padanya, sedangkan dia bukanlah sesiapa untuk kita. Jika selama ini aku boleh menolak mana-mana lelaki yang meminta yang bukan-bukan tetapi kenapa dengannya dengan senang aku memberi. Aku pelik dengan diriku sendiri padahal kenal pun tidak. Betul aku pelik dengan diriku sendiri wahai diriku.
Sekali lagi maafkan aku wahai diriku,
sebalnya aku dalam situasi sebegini. Rasa berdosa mula menyelinap setiap urat saraf tubuh, sayu lagi pilu terasa. Ayah.. ibu.. maafkan anakmu ini, aku tidak ingin kasih sayang anda berdua diganti dengan kasih sayang lelaki lain sebelum diri ini dimiliki lelaki yang bergelar suami. Ku pinta jangan berhenti berdoa untukku wahai ibu, wahai ayah. Kasih kalian begitu hebat terkesan dalam diriku ini wahai ibu dan ayah. Aku tidak sanggup membelakangi kalian. Wahai diriku tolonglah sedarkan diri. Begitu banyak lagi perkara yang perlu diberi komitmen. Sedarkanlah wahai diri kerja dakwahmu untuk dirimu sendiri belum selesai ini kan pula kerja dakwahmu di luar sana. Wahai diriku, tegakkan Islam dalam hatimu maka dengan izinNYA akan tertegak Islam di sekelilingmu. Wahai diri ku mari sama kita berdoa pada pencipta kita suapaya DIA sanggup memgampunkan kita yang berdosa ini..
"Ya Allah, aku tahu aku berdosa, dosaku melebihi pepasir di pantaian melebihi pula buih-buih di lautan. Aku hanyalah hamba Mu dan Engkaulah Tuhanku. Segala pujian ku tujukan padaMu Robbi. Engkau Zat Yang Maha Kekal, hidupkanlah hatiku ini dengan sinaran Nur Engkau, hidupkanlah hati ini dengan sinaran Nur Muhammad kekasih agung Mu Ya Allah. Kasihanilah daku, sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha pengasih. Ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Hidup dan matiku semata-mata kerana belas kasih Mu Ya Robbi. Ampuni aku kerana lalai terhadap Mu robbi. Tolonglah aku untuk menolong diriku sendiri. Moga Engkau lebih meneliti hati ini Robbi dan moga engkau simpati pada hambaMu yang satu ini ya Robbi"
Mungkin ini adalah ubat untuk mu wahai diri ku..
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
“Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” Surah An-Nisa’ ayat 64.
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” Surah Ali Imran ayat 135.
Maha Suci Mu wahai Tuhan kerana telah menyampaikan ayat-ayat cinta ini untuk kami para pendosa. Wahai diri ku, perlukah kita rasa berdosa sampaikan kita tidak mahu bergerak mengejarNYA. Marilah wahai diri ku fikirkan masa hadapan kita bersama pencipta kita.