Monday, 13 May 2013

Muslimat Si Pejuang Sayap Kiri

Muslimat yang bersama Ikhwanul Muslimin, Zainab Al Ghazali, seorang muslimat yang bergerak aktif di mesir dalam Harakah Islamiah. Perkahwinannya pula diletakkan syarat, antara syarat yang beliau letakkan pada bakal suaminya adalah membenarkan beliau bergerak dalam Harakah Islamiah. Dan sekiranya berlaku pertembungan,antara perkahwinan dan dakwah, dakwah akan kekal dan perkahwinan akan berakhir. Bertapa kuatnya beliau dalam bergerak di Medan Dakwah.Zainab Al Ghazali mengasaskan "Jamaah Saidatina Muslimah" yang mana methodnya sama dengan gerakan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu. Beliau juga sudah berbaiah dengan Mursyidul Ikhwanul Muslimin, Hassan Al Banna. Beliau banyak membangkitkan kembali semangat muslimat pasa era itu untuk bergerak bersama-sama muslimin bagi menegakkan Islam semula. Beliau banyak meneragkan kembali peranan muslimat di dalam Islam yang cukup besar.Ketika dalam keasyikan beliau berdakwah, beliau ditangkap dan dipenjarakan. Seksaan demi seksaan yang cukup berat terpaksa beliau lalui sepanjang berada di penjara. Namun begitu, sehingga kini, semangat beliau sentiasa mengalir di jiwa semua muslimat. Semangat juang yang ditunjukkan cukup membangkitkan kembali semangat muslimat untuk sama-sama bergerak bersama muslimin bagi mengembalikan Khilafah Islamiah di muka bumi Allah ini. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah..AL FATIHAH..Jika ditilik muslimat zaman sekarang , bagiku cukup jauh jika nak kita bandingkan diri kita dengan mereka. Jika dahulu, mereka bersemangat untuk berjuang demi Islam. Tapi sekarang, kita leka dan alpa dengan dunia. Dahulu, mereka menjaga maruah mereka di setiap sudut, tapi sekarang dengan sesuka hati kita pamerkannya. Dahulu mereka mahir dengan tugas mereka dan paham dengan tanggungjawab mereka, namun sekarang kita mintak tanggungjawab yang tak sepatutnya. Mungkinkah wujud lagi muslimat seperti Zainab Al Ghazali di era ini? Adakah lagi muslimat yang mengerti besarnya tanggungjawab mereka untuk Islam? Masih adakah Muslimat yang bermati-matian mempertahankan keimananya?Sekarang bukan masa untuk menunding jari. Sekarang masa untuk kita membaiki diri. Jika suatu ketika dulu Sultan Muhammad Al Fateh yakin beliau adalah raja yang akan menawan semula Kota Kostantinopel, kenapa tidak kita yakin bahawa kita adalah salah seorang yang akan membantu membangkitkan semula Islam di bumi Allah ini. Jika dahulu Sumayyah dengan penuh tekad mempertahankan keimanannya, kenapa tidak kita penuh keyakinan mempertahankan maruah kita. Jika dahulu Ummahatul Mukminin bersama-sama bergerak ke medan jihad, kenapa tidak kita menyambung semangat dan perjuangan mereka? Ingin ku menjadi muslimat hebat kerana bagi ku terlebih malu tertinggal di belakang tidak tahu malu, gelaplah masa hadapan..Hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad pakai pakaian perang dan menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab.Hebatnya pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah.Beraninya Ummu Nusaibah bangun pertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya ditetak. Besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi pendamping setia di waktu Nabi kesusahan.Hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai. Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang.Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya. Kenali bakat dalam diri, dan optimizekan bakat itu untuk kepentingan ummah :)

DUHAI MUSLIMAT..
SAMA-SAMA TANAMKAN AZAM
MOGA DIRI KITA MENJADI MUSLIMAT YANG SOLEHAH
MOGA DIRI KITA DIRI KITA MENJADI MUJAHIDAH
MOGA DIRI KITA MENJADI PENGGERAK DAKWAH
MOGA DIRI KITA THABAT DALAM HARAKAH
MOGA DIRI KITA BERJAYA MENDIDIK BAKAL PENGGERAK DAKWAH
DAN MOGA DIRI KITA MENJADI BIDADARI DI JANNAH.