Alhamdulillah berpeluang mendengar sahabat yang turun padang merasa hangatnya bahang PRU ke 13 walaupun diri sendiri tidak berpeluang in syaa Allah esok masih ada.
Turun ke medan realiti, berjumpa dengan masyarakat yang pelbagai ragam, menyelami perasaan dan melihat dengan mata sendiri kesusahan yang mereka alami. Memerlukan kesabaran dan kaedah yang sesuai untuk menyantuni masyarakat yang lahir daripada pelbagai latar belakang.
Berbual-bual dengan seorang pak cik, yang merupakan bekas imam di kawasan perumahan yang kami lawati. Pak cik tersebut menyatakan peri pentingnya untuk mahasiswa cakna dengan isu semasa, termasuklah isu politik dan bukannya hanya menunggu sehingga habis belajar, untuk mengambil tahu isu-isu tersebut.
"You don't have to be great to start, but you have to start to be great."
Kata-kata yang ringkas, namun memberikan kesan :)
No comments:
Post a Comment