Friday, 19 April 2013

~ CORETAN HATI ~

~ Coretan Hidup ~ 

Saya jadi teringat beberapa buku novel Islami yang saya baca di mana kebanyakan watak utamanya digambarkan sebagai seorang yang perfect luar dan dalam. Baik, soleh, tak pernah bersangka buruk. Hati suci bersih pure. Sedikit salah atau kecacatan langsung tidak digambarkan. Memang perfect! Orang dah boleh kata memang dia baik macam malaikat sangat dah. 

Buku-buku macam tu kadang-kadang buat saya keliru sama ada mahu percaya atau tidak masih ada lagi manusia seperti itu. Apatah lagi dalam zaman ini. Macam berjumpa dinasour ja rasanya kalau ada yang seperti itu. 

Tapi pagi tadi, hari saya macam dah penuh rama-rama apabila semua orang yang saya jumpa semuanya sangat mengembirakan hari saya. Terasa persoalan dalam hati sudah terjawab. Bagaimana? 

Dalam sibuk-sibuk beratur berebut nak naik bas, ada akhawat melayu yang mendahulukan sahabatnya yang lain walaupun bukan dari batch sendiri. Sewaktu saya terkial-kial nak buka tingkap yang ketat, tiba-tiba ada tangan dari belakang yang membantu tanpa diminta. Bila dipandang oh akhawat Turki rupanya- "syukran!" Smile. Bila nak bangun untuk keluar bas, saya terlanggar seorang akhwat Arab lalu segera saya berundur sambil meminta maaf, tapi dia pula berkali-kali membalas "It's okay, go on. You first," sambil tersenyum. 

Hari ini semua yang saya jumpa semuanya nampak ceria. Waktu makan di kafe, ada yang tiba-tiba datang menghulur air soya hadiah dari doktor mereka. Kami terambil banyak gara-gara teruja tapi mereka cool sahaja sambil ketawa . 

Pendek kata hari ini hari penuh bunga. Best! Kalau setakat orang buat bising, mengantuk atau hal kecil-kecil semuanya macam tak ada kesan. Yang menceriakan itu lebih banyak dari yang meresahkan. Semua orang macam sangat baik la hari nih~ 

Lalu saya jawab pada soalan sendiri : See? 

Hey hati, kenapa mesti nak persoalkan masih wujud atau tidak orang sesempurna itu? Sedangkan Rasulullah dan para sahabat pun pernah tunjukkan akhlak sedemikian. Maka tak mustahil masih ada lagi penyambung dari generasi kini. Kan kau sendiri dah rasa betapa bahagianya kalau semua berakhlak mulia tanpa sengketa ataupun berburuk sangka ? 

Lagipun Allah itu kan ada? Jadi tak mustahil mereka yang kau tercari-cari itu juga wujud di sekeliling kita. 

Lagipun wahai hati, kenapa mesti mencari? Kenapa tidak kau sendiri dahulu yang jadi? 

~ Come on lah HATI ~


No comments:

Post a Comment