Masih lagi tidak boleh mengundi untuk pilihan raya kali ini, tinggal lima bulan sahaja lagi untuk menyukupkan syarat menjadi seorang pengundi di Malaysia tercinta ini, sebuah negara yang umur kelayakannya sangat tinggi mungkin bagi saya.
Untuk saat-saat yang genting sebegini, saat yang cukup terasa gelombangnya, saya merasa sungguh terhiris. Saat-saat pilihan raya yang sungguh lain begini, saya tidak boleh digelar sebagai pengundi, sungguh, terasa rugi benar dalam diri ini.
Namun untuk sebuah perjuangan -yang boleh kita namai ia sebagai peperangan- 'front liner' sering dianggap faktor terbesar kemenangan, namun disampingnya tersembunyi kekuatan yang tidak disedari, mereka yang menyiapkan alatan perang, mencetak kertas strategi, memeriksa cuaca dan keadaan tentera, para medik yang mengubati tentera yang sakit, hingga sekecil-kecil perkara seperti membuang batu di jalan para tentera lalui, itupun, ditawassulkan untuk sebuah sumbangan yang barangkali boleh dihisab sebagai faktor dan sumbangan buat agama dan sebuah perjuangan.
Walaupun kadang-kadang hati terasa lelah, dugaan datang tanpa di pinta, cubaan demi cubaan menyerang dan hati ini pula hampir terbuai dengan rayuan-rayuan indah musuh yang bergerak sealiran dengan gerakan darah ini, tetapi, apabila melihat sahabat-sahabat sekeliling kelihatan tetap bersemangat,teguh dan terSENYUM biar apa pun ujian yang melanda, seolah-olah ianya satu bius yang mencucuk halus hati yang walang ini untuk terus thabat di jalan perjuangan warisan Nabi ini...
::"sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." 9:111 ::
Terasa cas elektrik seperti mengalir di hatiku..Ya Allah bantulah hamba Mu ini untuk terus thabat di jalan Mu ini. Dalam pada itu juga aku terfikir, setelah lima dekad regim kezaliman berkuasa, rakyat bangkit menentang kezaliman menggunakan jihad penggundian. Kebangkitan ini adalah semata-mata rasa ingin diberi keadilan oleh pihak pemimpin yang kononya menggangap mereka lah dewa. Meraka tidak sedar bahawa dewa segala dewa adalah Pencipta kepada yang dicipta, iaitu Allah. Rakyat bangkit untuk menghapuskan politik seks,politik fitnah, rasuah dan salah guna kuasa daripada regim kuasa UMNO-BN dan sekiranya tidak ditolak maka ianya akan selamanya menjadi barah yang sukar pula nanti untuk diubat. Walaupun diri ini tidak layak lagi untuk membuat sebarang pengundian, bagaikan si burung kecil yang terasa kerdil, akan ku kerah sedikit tenaga dari diri ini sedikit kelebihan yang diberiNYA kepada ku ini untuk menolong memadamkan panas kezaliman.. in syaa Allah
By A.Samad Said:
Lima dekad kau leka enak berkuasa,
tiba-tiba kau sengaja menjerit parah.
Katamu: ‘Bangsamu sedang terhasak hina.’
Soalnya, kenapa kau yang memungkinkannya?
Lima dekad dikau dewa segala dewa,
harum kesturi di dalam hanyir piala;
qalbumu mungkin berjaya menjadi lidah,
cuma, apakah tulus menjadi ibadah?
No comments:
Post a Comment