SI BUTA YAHUDI
Jangan di butakan mata hati mu manusia,
Kerana azabnya keras di hari kemudiaannya,
Jangan dikeraskan hatimu manusia,
Kelak nanti engkau menyesal tiada penyudahnya,
Sebagaimana butanya seorang yahudi dari
kebenaranNya,
Walau tiap suapan masuk ke mulutnya,
Hatinya tetap degil mencemuh mencari hina,
Mencaci hina pemuda yang mulia.
Hari berganti hari,
Tiada yang menyuapi diri,
Terasa kelainan pada insan yang menyuapi,
Tiadalah selembut hari yang dilalui,
Terasa gelap dalam kegelapan menangisi diri,
Terbongkar sudah peribadi suci sang Nabi,
Terbongkar sudah gerangan siapa menyuapi diri,
Segera syahadah diucapi tanda mengimani,
Kerana Muhammad si penyuap buta yahudi.
Jangan kerana butanya mata daripada melihat kebesaran-NYA hati juga hendak dibutakan.. Ya Allah, celikkanlah hati dan mindaku untuk melihat akan keagungan-Mu, celikanlah hati dan jiwaku untuk ku melihat wajah-Mu di hari esok kerana aku hanya hamba kepada zat-Mu yang Maha Satu. Ya Allah celikkanlah mata hatiku untuk aku mengamalkan ajaran agama-Mu kerana aku tahu besarnya pengorbanan seorang Nabi menyebarkan amanat-Mu semata-mata kerana cintanya pada kami umatnya.. Ya Allah Kau letakkan lah Baginda ditempat yang paling terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.. AMIN
No comments:
Post a Comment