Monday, 3 June 2013

Perang bani qainuqa' berlaku kerana seorang wanita..

Perang Bani Qainuqa adalah perperangan yang terjadi antara Kaum Muslimin dengan Kaum Yahudi Bani Qainuqa. Perperangan ini terjadi pada bulan Syawal 2 Hijriah dan Dimenangkan oleh Kaum Muslimin.
SEBAB-SEBAB PERPERANGAN
Ketika ada seorang wanita muslimah berbelanja di pasar Bani Qainuqa, orang-orang Yahudi melecehkannya dengan meminta agar wanita tersebut menyingkap jilbabnya. Tentu saja wanita tersebut menolaknya. Kemudian seorang penjual perhiasan mengikat ujung pakaiannya tanpa dia ketahui sehingga ketika dia berdiri aurat wanita tersebut tersingkap diiringi derai tawa orang-orang Yahudi di sekitarnya. Wanita tersebut berteriak kemudian salah seorang Sahabat datang menolong dan langsung membunuh pelakunya. Namun,kemudian orang-orang Yahudi mengeroyok dan membunuhnya.
Ketika berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, beliau langsung mengumpulkan tentaranya, dan memberikan bendera perang kepada Hamzah bin Abdul-Muththalib. Lalu mereka menuju Bani Qainuqa. Ketika melihat Kaum Muslimin, orang-orang Yahudi segera berlindung di balik benteng-benteng mereka. Pasukan Rasulullah SAW mengepung mereka dengan rapat selama 15 hari pada bulan Syawal hingga awal Dzulqaidah tahun 2 Hijriah.
Akhirnya Bani Qainuqa menyerah karena ketakutan melanda mereka. Lalu mereka menyerahkan keputusannya kepada Rasulullah SAW.
Abdullah bin Ubay bin Salul dengan gaya kemunafikkannya membujuk Rasulullah SAW agar tidak membunuh mereka. Rasulullah SAW akhirnya mengusir mereka dari kota Madinah agar tidak tinggal berdampingan dengan kaum Muslimin.
Untuk lebih menunjukkan ketegasan Rasulullah SAW dalam masalah ini, beliau memerintahkan untuk membunuh Ka'ab bin Al'Asyraf, seorang yahudi yang paling dengki terhadap Islam dan kaum muslimin dan secara terang-terangan sering menyakiti kaum muslimin. Hal tersebut semakin besar pengaruhnya karena dia orang terpandang di kaumnya, kaya raya dan penyair.
Tugas tersebut dilaksanakan oleh para Sahabat yang dipimpin oleh Muhammad bin Maslamah. Hal ini semakin menambah kegentaran orang-orang Yahudi bahwa Rasulullah SAW tidak segan-segan mengambil tindakan tegas jika ada yang bertindak sewenang-wenang terhadap kaum muslimin.
Yahudi Bani Qaynuqa’ dengan jelas menunjukkan permusuhan secara terang-terangan dengan masyarakat Islam. Ini terbukti apabila mereka memalukan seorang Muslimah di khalayak ramai dengan membuka aurat wanita itu secara sengaja. Ekoran daripada itu, beliau mengambil tindakan tegas dengan mengepung perkam-pungan mereka dan akhirnya mereka dihalau keluar dari kota Madinah (al-Baladhuri 1996 1: 371-372).Keputusan ini adalah wajar atas dasar kesejahteraan masyarakat. Ini kerana Yahudi dan Muslim sama-sama mendiami suatu kawasan penempatan. Oleh itu, mereka perlu hidup secara aman dan sejahtera. Tetapi kejadian yang menimpa Muslimah itu sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa kesejahteraan masyarakat tidak dapat wujud sekiranya kejadian itu terus berlaku. Atas dasar ini, keputusan yang diambil beliau dikira sebagai mengambil kira kesejahteraan masyarakat.Begitu juga dengan keputusan yang diambil ke atas golongan Yahudi Bani Nadir dan Bani Qurayzah. Kelompok Yahudi Bani Nadir diusir keluar dari kota Madinah selepas mereka melanggar isi kandungan Sahifah Madinah. Perlanggaran ini pula jelas berlaku apabila mereka enggan sama-sama berkongsi membiayai diat dengan pihak Muslim. Pada masa yang sama, mereka merancang untuk membunuh Muhammad (al-Baladhuri 1996 1: 415) yang mereka iktiraf sebagai ketua seperti mana yang terkandung dalam Sahifah Madinah. Jika beliau sebagai ketua ingin mereka bunuh, apatah lagi umat Islam yang lain. Demi kesejahteraan masyarakat Madinah, beliau mengambil keputusan mengepung perkampungan mereka dan akhirnya mengusir mereka keluar dari kota Madinah.Dalam kes yang melibatkan Yahudi Bani Qurayzah dari kota Madinah juga jelas menggambarkan adanya unsur kesejahteraan masyarakat yang diambil kira dalam mem-buat keputusan membunuh dan menawan puak itu. Tindakan yang dilakukan oleh Yahudi Bani Qurayzah membantu pakatan al-Ahzab menyerang kota Madinah dilihat oleh beliau sebagai tindakan melampau. Ini kerana, pada masa itu umat Islam yang berkubu di dalam kota Madinah sedang dikepung oleh pakatan al-Ahzab. Manakala golongan Yahudi Bani Qurayzah selaku sekutu pakatan itu pula berada di dalam Madinah. Jadi, umat Islam di Madinah pada masa itu menghadapi dua ancaman iaitu pakatan al-Ahzab di luar kota Madinah dan Yahudi Bani Qurayzah yang sama-sama berada di dalam Madinah. Oleh itu, tindakan Yahudi Bani Qurayzah ini jelas mengancam kesejahteraan masyarakat Madinah itu sendiri.

No comments:

Post a Comment