Muslimat yang bersama Ikhwanul
Muslimin, Zainab Al Ghazali, seorang muslimat yang bergerak aktif di mesir
dalam Harakah Islamiah. Perkahwinannya pula diletakkan syarat, antara syarat
yang beliau letakkan pada bakal suaminya adalah membenarkan beliau bergerak
dalam Harakah Islamiah. Dan sekiranya berlaku pertembungan,antara perkahwinan
dan dakwah, dakwah akan kekal dan perkahwinan akan berakhir. Bertapa kuatnya
beliau dalam bergerak di Medan Dakwah.
Zainab
Al Ghazali mengasaskan "Jamaah Saidatina Muslimah" yang mana
methodnya sama dengan gerakan Ikhwanul Muslimin pada ketika itu. Beliau juga
sudah berbaiah dengan Mursyidul Ikhwanul Muslimin, Hassan Al Banna. Beliau
banyak membangkitkan kembali semangat muslimat pasa era itu untuk bergerak
bersama-sama muslimin bagi menegakkan Islam semula. Beliau banyak meneragkan
kembali peranan muslimat di dalam Islam yang cukup besar.Ketika dalam keasyikan beliau berdakwah, beliau ditangkap dan dipenjarakan.
Seksaan demi seksaan yang cukup berat terpaksa beliau lalui sepanjang berada di
penjara. Namun begitu, sehingga kini, semangat beliau sentiasa mengalir di jiwa
semua muslimat. Semangat juang yang ditunjukkan cukup membangkitkan kembali
semangat muslimat untuk sama-sama bergerak bersama muslimin bagi mengembalikan
Khilafah Islamiah di muka bumi Allah ini. Moga rohnya dicucuri rahmat dan
ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah..AL FATIHAH..Jika ditilik muslimat zaman sekarang , bagiku cukup jauh jika nak kita
bandingkan diri kita dengan mereka. Jika dahulu, mereka bersemangat untuk
berjuang demi Islam. Tapi sekarang, kita leka dan alpa dengan dunia. Dahulu,
mereka menjaga maruah mereka di setiap sudut, tapi sekarang dengan sesuka hati
kita pamerkannya. Dahulu mereka mahir dengan tugas mereka dan paham dengan
tanggungjawab mereka, namun sekarang kita mintak tanggungjawab yang tak
sepatutnya. Mungkinkah wujud lagi muslimat seperti Zainab Al Ghazali di era ini? Adakah
lagi muslimat yang mengerti besarnya tanggungjawab mereka untuk Islam? Masih
adakah Muslimat yang bermati-matian mempertahankan keimananya?Sekarang bukan masa untuk menunding jari. Sekarang masa untuk kita membaiki
diri. Jika suatu ketika dulu Sultan Muhammad Al Fateh yakin beliau adalah raja
yang akan menawan semula Kota Kostantinopel, kenapa tidak kita yakin bahawa
kita adalah salah seorang yang akan membantu membangkitkan semula Islam di bumi
Allah ini. Jika dahulu Sumayyah dengan penuh tekad mempertahankan keimanannya,
kenapa tidak kita penuh keyakinan mempertahankan maruah kita. Jika dahulu
Ummahatul Mukminin bersama-sama bergerak ke medan jihad, kenapa tidak kita
menyambung semangat dan perjuangan mereka? Ingin ku menjadi muslimat hebat kerana bagi ku terlebih malu tertinggal
di belakang tidak tahu malu, gelaplah masa hadapan..Hebatnya Sofiyyah (ibu Zubair al Awwam) yang nekad pakai pakaian perang dan
menikam Yahudi dengan kerambit, lalu memenggal kepalanya kerana Yahudi itu cuba
mengintip kubu wanita & kanak-kanak semasa Perang Ahzab.Hebatnya
pengorbanan Asma' yang sedang sarat mengandung sanggup mendaki ke Gua Thur yang
terletak di puncak bukit itu untuk menghantar makanan kepada Rasulullah dan
ayahanda Abu Bakar sewaktu peristiwa hijrah.Beraninya Ummu Nusaibah bangun pertahankan Nabi yang terjatuh ke dalam
lubang yang digali oleh Abu Amir al fasiq sewaktu Perang Uhud sehingga bahunya
ditetak. Besarnya pengorbanan ibunda Saiditina Khadijah r.a dalam perjuangan Islam
sehingga sanggup menginfakkan seluruh hartanya demi Islam dan menjadi
pendamping setia di waktu Nabi kesusahan.Hebatnya Saiditina Aisyah r.a sebagai ilmuan muda yang menjadi rujukan ramai.
Gagahnya Khaulah Al Azwar di medan perang.Hebatnya kisah cinta Rabi'atul Adawiyah pada Tuhannya. Kenali bakat dalam diri, dan optimizekan bakat itu untuk kepentingan
ummah :)
DUHAI MUSLIMAT..
SAMA-SAMA TANAMKAN AZAM
MOGA DIRI KITA MENJADI MUSLIMAT YANG SOLEHAH
MOGA DIRI KITA DIRI KITA MENJADI MUJAHIDAH
MOGA DIRI KITA MENJADI PENGGERAK DAKWAH
MOGA DIRI KITA THABAT DALAM HARAKAH
MOGA DIRI KITA BERJAYA MENDIDIK BAKAL PENGGERAK DAKWAH
DAN MOGA DIRI KITA MENJADI BIDADARI DI JANNAH.
No comments:
Post a Comment