Thursday, 18 April 2013


Mahasiswa dan Politik



Alhamdulillah, setelah selesai  mendengar ceramah politik anjuran Ma'ruf Club, diri jenuh memikirkan apa yang sebenarnya mahasiswa perlu untuk melibatkan diri dalam politik. Kupasan panelis dan moderator yang matang membawa mesej baru agar mahasiswa hendaklah mula untuk melihat semula dunia ini dari perspektif politik yang lebih segar dan relevan. Semasa ceramah, puas dihidangkan dengan analogi dan juga dalil yang banyak menjernihkan hadirin yang kebingungan, in shaa Allah beroleh manfaat daripada apa yang disampaikan....

Melihat kepada arus perjuangan mahasiswa pada persada politik.....
Kita mempunyai zaman gemilang yang sangat mahsyur, sayangnya terkenal kepada si pencari fakta, dan bukan pada mahasiswa seluruhnya. Ramai yang mungkin tak mengenali aktivis zaman 70an, 80an, malah 90an, dan tidak tahu akan rentetan demonstrasi yang banyak mengubah persepsi masyarakat terhadap mahasiswa. Kata pujangga, belajarlah dari sejarah, maka dengan sejarah ini kita mengacu langkah baru, bukan mula bongkak dengan kegemilangan hari semalam.

kini, perjuangan mahasiswa masih segar, cuma berubah rentak dan wadah. Budaya demonstrasi hidup semula, cuma kurang bisanya seperti dahulu. Semakin banyak inisiatif gerakan kampus untuk menghidupkan suasana politik, kerana inginkan tuntutan mereka ditunaikan. Malah, kita mungkin sudah mencapai tahap tertinggi dalam perjuangan ini, iaitu untuk bertanding menjadi wakil parlimen, tetapi mengambil posisi wakil rakyat berstatus mahasiswa. 

apa yang ingin diperkatakan, moga-moga usaha ini ada maknanya pada masyarakat mahasiswa. Untuk menjadi suara mahasiswa dalam masyarakat, harus diingatkan ,kita sedang mewakili mahasiswa yang ragamnya pelbagai, dari sebijak-bijak insan, sehingga semalas-malas orang, semuanya mempunyai ruang yang sama rata untuk hidup di universiti, iaitu hak untuk dididik dengan baik ,dan juga dibentuk mengikut acuan agama dan akhlak yang mulia. 

Tetapi diri ini merasakan mahasiswa sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kenyataan ini. Syukur, wakil mahasiswa yang akan bertanding ini sangat mantap, sangat hebat, namun begitu diri ini merasakan ianya masih belum memberi impak yang besar kepada masyarakat mahasiswa. Apa yang perlu ku lakukan untuk Islam..Jiwa ini mula berdialog.

apa yang boleh dicadangkan ialah supaya membuat mahasiswa lebih peka akan gerakan aktivis mahasiswa yang inginkan perubahan yang lebih besar, serta menguntungkan rakyat. Kalian sangat hebat, sudah mampu untuk memperjuangkan kebenaran dalam skala ini, satu harapan kepada mahasiswa bahawa kita mampu untuk menjadi suara perubahan. Sekiranya mahasiswa masih terawang-awangan, dengan kelekaan terlampau serta sikap yang tidak seberapa, susah untuk kita katakan, untuk siapa sebenarnya suara mahasiswa tersebut, adakah hadirnya mereka sebagai perwakilan boleh mengubah nasib mereka? maka sama-samalah kita bersatu, menyokong perjuangan ISLAM, membantu sebaik mungkin usaha mereka membantu Islam, malah mendoakan mereka agar jika benar perjuangan mereka, maka hadirkan rasa malu untuk tidak bertanggungjawab kepada kami, golongan mahasiswa, saat menjadi perwakilan di persada arus politk tanah air....

sekian

SI BUTA YAHUDI

Jangan di butakan mata hati mu manusia,
Kerana azabnya keras di hari kemudiaannya,
Jangan dikeraskan hatimu manusia,
Kelak nanti engkau menyesal tiada penyudahnya,
Sebagaimana butanya seorang yahudi dari kebenaranNya,
Walau tiap suapan masuk ke mulutnya,
Hatinya tetap degil mencemuh mencari hina,
Mencaci hina pemuda yang mulia.

Hari berganti hari,
Tiada yang menyuapi diri,
Terasa kelainan pada insan yang menyuapi,
Tiadalah selembut hari yang dilalui,
Terasa gelap dalam kegelapan menangisi diri,
Terbongkar sudah peribadi suci sang Nabi,
Terbongkar sudah gerangan siapa menyuapi diri,
Segera syahadah diucapi tanda mengimani,
Kerana Muhammad si penyuap buta yahudi.



Jangan kerana butanya mata daripada melihat kebesaran-NYA hati juga hendak dibutakan.. Ya Allah, celikkanlah hati dan mindaku untuk melihat akan keagungan-Mu, celikanlah hati dan jiwaku untuk ku melihat wajah-Mu di hari esok kerana aku hanya hamba kepada zat-Mu yang Maha Satu. Ya Allah celikkanlah mata hatiku untuk aku mengamalkan ajaran agama-Mu kerana aku tahu besarnya pengorbanan seorang Nabi menyebarkan amanat-Mu semata-mata kerana cintanya pada kami umatnya.. Ya Allah Kau letakkan lah Baginda ditempat yang paling terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.. AMIN
♥ BaHang PRU'13 ♥
~~ keLas Arinie inDah..~~

"bljr bab hujjah Ibrahim Anis ttg nahu..Prof tnya,awk kenal Ibrahim Anis??"
Student jwb : x Prof,kami kenal Ibrahim Ali je..

"bljr bab perbezaan hujjah,slh satu hujjah ckp,xleh nk ubah kaedah,6t xbalance timbangan makna.."
Student jwb : mmg timbangan UMNO xbalance pown prof..

"bljr pemahaman word arabic { saif = pedang } prof tnya ape lgi yg sme mksud?
student jwb : saiful bukhari prof..

"belajar wat ayat dgn word arab { hilal = bulan }"
KAMI JAWAB " KAMI SOKONG BULAN PROF..!!takbir..!!

Prof : oit!!! hampa nie dah kenapa hah???!!



Nak balik mengundi.. tapi pakan daya, umur belum sampai bulan lagi.. Ya Allah menangkan Islam di Malaysia ini ya Allah.. Amin 

Friday, 1 March 2013


APA YANG ADA PADA KITA

 

Pada kita apa yang ada

Sedarkah kita tiada apa yang kita ada

Walaupun nyawa memilikinya tiada

 

Kau tidak memiliki

walau dirimu sendiri

hanya hamba kepada tuhan pemberi rezeki

 

pendengaran

penglihatan

perkataan

pengetahuan

semua yang diberi bukan milikmu

kau papa kedana tiada sesuatu

Dialah yang kaya pemberi sesuatu.

~PANTUN REKAANKU~
 
متعددة الشخص متعددة عادة،

متعددة الدين متعددة الأداب،

وهو طريق أن تظهر عادة،

لين العمل من طريق الأداب.

 

كان أحمد إنسان المشهور،

"ساتي" أحمد مشهور حتى الآن،

طعام التقليدي طعام المشهور،

وهو المشهور حتى الآن.

 

"ألم" بدي من أوراق النباتات الغضة،

المغموسة في "سمبل" و مغموسة في "بودو"،

فاتحات الكلام وفاتحات الشهية،

يؤكله مع الأرز ولا يترك "بودو".

 

"رندانغ" جدة "رندانغ" الحليب،

اذا كان الجوع فيؤكل "كتوبات"،

لحم بقر و دجاج الحليب،

فيؤكل مع "رندانغ" و"كتوبات".

 

 

أبي زيد يطبخ الحليب،

وهو المسلوق مع هذا الحليب،

ويأكله،غاية الحليب،

حيا نخّم ما هذا الحليب.

 

يؤخذ أمري من أوراق النباتات،

وكثير من نوع الجديدة،

يحضر الصحابة والقرابة بالسعيدة،

علامة سكينة العروسان الجديدة.

 

يؤخذ الفواكه الى البحر،

اذا الجوع يأكل في البستان،

ويجوز أن يظهر المهر،

ويتم عند عقد القران.

 

يلبس الحناء في كل يوم،

أستعمل الحناء كل أسبوع،

تجمل يدا العروس في هذه اليوم،

قبل الزفاف في نهاية الأسبوع.

NAKHODA SEBUAH BAHTERA

“Sedar dan ingatlah wahai kaum muslimin sekalian bahawasanya di hari Qiamat nanti empat golongan daripada lelaki akan ditarik ke neraka oleh seseorang wanita antaranya ialah: ayah,suami,anak lelaki dan saudara lelaki. Ana katakan akan perkara ini bukanlah untuk menakut-nakutkan kaum lelaki atau untuk memperkecilkan kaum Hawa tetapi supaya kaum Adam memainkan peranannya dengan hak dan berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul mereka.Bagi mereka yang bergelar ayah dan yang akan bergelar ayah alangkah besarnya tanggungjawab anda sebagai seorang bapa.Anda perlu menitik beratkan segala keperluan agama kepada anak dan isteri anda.Jangan biarkan anak-anak perempuan anda tidak menutup aurat.Bahkan dengan hanya cukup dengan memberi kemewahan yang melampau anak dan isteri anda akan berada diambang kerosakkan.Jika tidak berwaspada tunggulah saat-saat anda akan ditarik oleh anak-anak dan isteri anda ke neraka”

“Bang, apa yang difikirkan tu ,sejak tadi saya duk perhati abang asyik termenung, ni saya ada sediakan air ni, minumlah”

“terima kasih sayang, tak ada apa-apa,Cuma sejak akhir-akhir ini abang dapat mimpi-mimpi yang pelik je”

“Mainan mimpi je tu bang,tak payah difikirkan sangatlah,nak senang abang makan je ubat tidur tu senang kerja, tak apa lah bang saya ada temujanji dengan kawan ni,saya pergi dulu ye.Jumpa malam nanti ya bang”

Remy hanya memandang kosong kearah  isterinya.Dari hati kecilnya dia tak merelakan kepergian isterinya keluar rumah dengan memakai baju ketat dengan hanya bertali nipis di bahu.selang beberapa minit kemudian anaknya Tasya keluar menaiki kereta sportnya tanpa berpaling melihat papanya.

“Tasya,Tasya...jangan balik lewat sangat,malam ni papa nak makan bersama kamu dan mama,ada benda penting yang papa nak cakapkan”

“Tengok lah dulu papa,Tasya pergi dulu, dah lewat sangat dah ni, bye papa”

Kata-kata ustaz Zaidi masih bermain di kotak fikiran Remy walaupun sudah seminggu dia terdengar ceramah ustaz tersebut.Hatinya semakin resah melihat anak dan isteri berada dalam keadaan sedemikian.

 

 


Hari siang bertukar malam.Sekejap lagi azan maghrib akan berkumandang, tetapi kelibat anak dan isteri tersayang tidak kelihatan. Resah Remy menunggu kepulangan anak dan isteri tercinta sehinggalah dia sendiri tertidur.Walaupun hari ini separuh hari dia bekerja tetapi dia tetap penat berfikir akan mimpi-mimpinya.Jam menunjukkan pukul 1.00 malam, tiba-tiba deruan enjin kereta anak dan isterinya mengejutkan Remy daripada lenanya.Dia memandang jam di dinding,rasa amarahnya terasa meruap ke seluruh badan.Tidak disangka-sangka setiap hari kehidupan isteri dan anaknya setiap malam diisi dengan keluar malam sampai pulang pada paginya. Lebih menyentapkan hatinya, anaknya Tasya pulang dalam keadaan yang mabuk. “Selama ketiadaanku  di rumah ini kerja mereka rupanya, balik lewat-lewat malam.” Monolog hati kemaraha Remy.

“Apa nak jadi dengan kamu berdua ni, dah tak jumpa rumah ke baru sekarang baru nak balik,aku kat rumah ni dah macam tunggul.Rina kamu sedar tak kamu ada laki kat rumah ni, makan minum aku langsung kau tak ambil tahu,aku kecewa dapat isteri macam engkau ni,mulai esok jangan keluar rumah tanpa kebenaran aku, aku tak izinkan.”

“Engkau siapa nak mengarah mama, tiba-tiba je nak mengarah,kenapa baru sekarang nak suruh itu nak suruh ini,kenapa bukan lama dulu.Mama tak kawin dengan kau pun mama takkan menyesal sebab yang menyebabkan engkau sampai ke tahap ni mama,sedar la diri tu sikit engkau tu siapa.”

PANGG...Sebutir penampar hinggap di pipi Tasya.Terpana Rina melihat reaksi suaminya yang tak terduga itu.

“Abang...kenapa abang ni, kenapa Tasya yang menjadi mangsa, saya yang bersalah.Kenapa baru sekarang abang nak halang kami, kenapa bukan dulu”

Remy terkedu dengan tindakan sepontan yang dilakukan terhadap anak tirinya itu...

“Papa mintak maaf Tasya papa tak sengaja”

“engkau bukan papa aku, papa aku dah lama mati, aku tak akan jejak lagi rumah ni sampai bila-bila.”

“Tasya jangan tinggalkan mama nak, abang, halang Tasya bang, halang dia.”

Remy hanya kaku melihat anaknya pergi meninggalkan mereka manakala Rina mengejar Tasya dri belakang tetapi Tasya lebih pantas bertindak keluar dari kawasan rumahnya.Dengan hati yang remuk-rendam dan dendam yang membara dia memacu kereta sportnya membelahi malam yang suram tanpa arah tujuan.Dalam keadaan yang separuh sedar,kereta yang dipandunya itu bagai ular dipukul palu.Tiba-tiba dari arah yang bertentangan sebuah lori tangki minyak dirempuh Tasya menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbalik jatuh ke dalam cerun yang dalam.Tasya merasakan dia berada di awang-awangan kemudian dunianya sedikit demi sedikit menjadi gelap kelam.

 

 


“Abang macam mana dengan anak kita ni bang, dia tak salah saya yang salah, kenapa abang pukul dia bang,kalau abang pukul dia semalam benda ni tak akan berlaku”

Teriak dan tangis Rina menyerabutkan lagi fikiran Remy yang sedia berserabut membuatkan dia bingun sendirian.Perasaan bersalah mula datang menyelubungi diri Remy.Kata-kata ustaz Zaidi datang terngiang-ngiang di telinganya, tiba-tiba perasaan takut menyerang Remy. Dia keluar meninggalkan isterinya ditempat kereta anaknya terbakar untuk mencari ketenangan, tetapi dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuannya.Di pinggir jalan,Remy terlihat kubah masjid seolah-olah melambai ke arahnya.Rasa tenang dan tertarik melihat kubah tersebut membuatkan dia melangkahkan kakinya ke masjid tersebut.Tiba-tiba  dia terasa badannya bagai kapas ditiup angin terbang melayang.Matanya kabur dan sedikit demi sedikit dunianya menjadi gelap.Dalam kegelapan yang menyelubungi dirinya,Remy ternampak sedikit cahaya di baratnya.sekelip mata cahaya tersebut semakin membesar dan membesar menerangi alam kegelapan.Dari arah cahaya tersebut datang lah seorang lelaki yang baik paras rupanya memakai jubah putih dan bertongkat.

“Siapakah saudara,dimana saya,kenapa saya bersama saudara”

Soalan yang ditanya oleh Remy tiada jawapannya melainkan lelaki tadi memberinya seutas tasbih lama. Dalam keadaan tersenyum lelaki tadi menghilang di sebalik cahaya yang terang-benderang. Remy terkapai-kapai dibelit soalan yang dia sendiri tidak faham.

“Tunggu,tunggu saya,saya nak ikut tuan,tunggu...”

“Nak,nak...bangun,kenapa tidur di sini tak elok,dah subuh ni,mari solat subuh berjemaah”

Dalam keadaan masih mamai dan terkejut,Remy bangun untuk solat subuh,tiba-tiba seutas tasbih lama yang menyerupai tasbih dalam mimpinya betul-betul berada ditangannya.Dalam keadaan percaya dan tak percaya dia ke tempat wuduk untuk bersolat.Seusai bersolat dia menadah tangannya...

“Ya Allah,aku hambamu yang lemah mengadapMu mencari redhoMu yaAllah.Aku berdosa ya Allah,aku tidak ambil peduli akan dosa dan pahala menyebabkan aku hanyut dan terus hanyut dibawa arus kemaksiatan sehinggakan anak dan isteri ku turut terheret sama.Ampuni aku Ya Allah,aku bertaubat atas segala dosa yang ku lakukan,ampuni anak dan isteriku juga ya Allah juga kedua ibu dan bapaku.Ya Allah ayah ibuku tidak berdosa dalam mendidikku,mereka lengkap memberiku didikkan agama tetapi aku yang lupa daratan menyebabkan aku lupakan Engkau Ya Allah.Ampuni aku ya Allah.”

“Nak ni datang dari mana? Dri tadi lagi pak cik duk perhatikan yang anak ni tersedu-sedu seorang diri.Boleh pak cik tahu apa masalah anak manalah tahu pak cik dapat mengurangkan masalah anak.”

“Saya dari KL pak cik,saya penuh dengan dosa pak cik,dosa-dosa saya sentiasa menghantui saya,saya bapa yang tak bertanggungjawab suami yang tak boleh harap.”

“Tak baik memaki diri sendiri kerana ianya salah satu dosa nak,semua orang ada dosanya tersendiri nak,termasuklah pak cik kita tak akan terlepas dari dosa nak samada dosa besar ataupun kecil.Anak ingat satu perkara je,Allah itu Maha menerima taubat hambaNya yang mahu pulang ke jalanNya.”

“Saya berdosa pak cik, saya biarkan anak dan isteri saya ditelan kejahilan,saya tak pernah ajarkan kepada mereka keperluan agama,saya tak pedulikan anak perempuan saya, saya hanya tahu memberi mereka kemewahan dunia semata-mata. Saya insaf pak cik saya nak ubah keluarga saya kearah mencari redhoNya, saya dah cukup terseksa dengan kepanasan setiap malam yang saya lalui.”

“Kamu beruntung ditegur Allah sedemikian rupa itu nak, itu menunjukkan yang Allah masih sayangkan kamu,bersyukurlah kamu.Subhanallah, sungguh luas kasih sayang Allah kepada hambaNya.”

Remy memeluk pak cik tersebut seerat-eratnya dan menangis semahu-mahunya bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.

 

 

Di bilik kelihatan,Rina kelihatan sedang khusyuk menghadap Tuhan mencari keampunan Yang Maha Esa meminta keselamatan untuk anak dan suaminya. Dalam doanya dia berdoa...

“Ya Allah, aku hambaMu yang hina-dina ini datang menghadapMu mencari keampunanMu,ku tahu setiap saat hidup ku yang lepas sering diiringi dengan dosa dan noda yang aku sendiri ukirkan,aku hambMu yang kotor datang bersujud padaMu meminta redhoMu Ya Allah,ampuni aku, ampunilah suami dan anak ku Ya Allah, selama ini kami leka daripada mengingatiMu ,tolonglah kami untuk kembali ke jalanMu Ya Allah,selamatkanlah anak dan suamiku ,setiap saat hidup kami, kami memerlukan Mu Ya Allah, terimalah taubat hambaMu ini.”

Rina bersujud diiringi dengan deraian air mata yang laju mengalir ke pipinya.Dari jauh kelihatan Remy tercegat di muka pintu bilik menangis kegembiraan kerana doanya dikabuli Tuhan.

“Engkau penerima taubat Ya Allah,aku bahagia bertuhankan Engkau Ya Allah.” kata hati kecil Remy.
 

 

“Ya Allah panas, panas, aku bertaubat padaMu Ya Allah, aku menyesal...jangan seksa aku sebegini rupa Ya Allah,aku akan solat,aku akan tinggalkan arak,aku akan taat pada papa dan mama...ampunkan aku ya Allah, arghhh...panas...mama,papa tolong Tasya...”

“Cik Tasya, bangun,bangun cik...cik perlu isi perut tu,nanti masuk angin perut tu nanti.Petang nanti insyaAllah ayah dan ibu cik akan sampai ke sini.”

“Ani, saya nak solat...”

“Alhamdulillah,bahagianya saya,nanti saya tolong cik ambil wuduk ye.”

Tasya cuba untuk bersolat sesempurna mungkin walaupun dirinya terasa lemah dan kerdil dihadapan Nya.Dia berasa terlalu hina ketika itu,air matanya membuatkan telekung yang di pakainya basah dihujani air mata taubat.

“Ayah, Ani gembira sangat hari ni”

“Kenapa?”

“Tasya dah mula nak solat,tak sia-sia usaha saya selama seminggu ini ayah, mengajak dia,saya rasa bagai satu rahmat untuk saya ayah”

“Alhamdulillah,moga-moga Tasya mendapat kasih sayang dan hidayah untuk hari-hari yang akan mendatang,tahniah untuk kamu juga anakku.Rasulullah telah bersabda:’Jika Allah memberi hidayah lantaran kamu,itu lebih baik bagimu dari setiap yang disinari matahari’...Riwayat At-tabrani tak silap ayah.”

Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar dan terdengar orang memberi salam....

“Assalamualaikum”

“wa’alikumussalam”

“Ini rumah Ali bin Daud ke?”

“Ye saya,anda berdua ibu dan bapa kepada Tasya ke?”

“ya..saya Remy, ini ibu Tasya,Rina.”

“Silalah naik Tasya ada kat dalam,dia dah semakin bertenaga dah, dah seminggu dia kat sini, baru hari ni selera makan dia nak terbuka, mungkin dapat rasa ayah dan ibunya nak datang.”

Sudu yang dipegang Tasya jatuh kerana terkejut melihat kedatangan papa dan mamanya. Mamanya datang meluru memeluk anak tercinta.Remy pula masih teragak-agak hanya memandang dua orang insan yang di sayanginya berpelukan melepaskan rindu.Kemudian Tasya cuba untuk berdiri tegak untuk berjalan ke arah papanya untuk memohon ampun. Tidak sempat untuk melangkah Remy menyambutnya dari jatuh.Tangan Remy dipegang Tasya untuk diciumnya.

“Papa...Tasya banyak dosa pada papa.Tasya minta ampun mintak maaf sebab sakitkan hati papa, pada Tasya,Tasya bernasib baik sebab ditampar papa, kalau papa tak tampar Tasya, sampai ke saat ni Tasya tak akan dapat nikmat untuk ketenangan.terima kasih papa sebab tampar Tasya.”

“Papa rasa bersalah sangat sebab naikkan tangan kat muka anak papa yang manis ni,papa tahu haram hukumnya memukul orang khususnya wanita di muka,tetapi amarah yang menguasai papa, papa jadi hilang pertimbangan, maafkan papa Tasya.”

Dicium pipi yang ditamparnya dulu dengan penuh kasih sayang sebagai ubat untuk kesakitan yang dulu.

“Mama pun nak mintak maaf sebab tak menjaga Tasya dengan sempurna,mama rasa mama lah ibu yang paling teruk sekali di dunia ni,maafkan mama ye nak.”

“Tak..Tasya yang jahat,Tasya anak yang derhaka,mama dan papa tak salah,Tasya degil.Tasya dah serik terima azab kepanasan  akhirat walaupun di dalam mimpi,ampunkan Tasya mama,papa,Tasya nak jadi anak yang solehah untuk papa dan mama kerana Dia,bantu Tasya ye mama,papa”

“Ani, terima kasih kerana tak jemu untuk mengajak saya solat setiap hari, hanya Allah yang dapat membalas jasa awak sekeluarga. Walaupun saya banyak menyusahkan awak sekeluarga dengan melayan kerenah saya, awak tetap setia mengajak saya untuk menyembahNya,terima kasih Ani atas layanan istimewa awak untuk saya,saya bahagia dapat sahabat seperti awak.”

“Saya hanya insan biasa, inilah tanggungjawab kita sesama muslim untuk saling ingat mengingati sesama kita, saya pun ada silap dan salahnya jugak, saya minta maaf sepanjang perkenalan kita saya ada meyakitkan hati awak,moga-moga Allah dapat menambahkan ketaqwaan dalam diri kita kerana keikhlasan kita berteman.”

Semua yang ada di situ mengalirkan air mata kesyukuran kerana hidayah Allah telah sampai di hati-hati hambaNya yang inginkan kebenaran dan kasih sayangNya.Dan bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud “Bukankah dengan mengingati Daku hati akan menjadi tenang.”

Setelah empat tahun peristiwa tersebut belalu, rumah tangga Remy semakin ceria dengan ayat-ayat suci Al-quran.Rina dan Tasya semakin berubah menjadi insan-insan yang solehah kerana mereka tahu ‘dunia itu hanyalah keindahan semata-mata dan sebaik-baik keindahan itu ialah wanita solehah.'Remy bersyukur kerana dia dicampakkan taufiq dan hidayah untuk untuk dia berubah menjadi nakhoda yang soleh untuk keluarganya.

 

Thursday, 21 February 2013


TEGURAN HATI

Janganlah dikau berhati gundah

Janganlah dikau berhati resah

Janganlah dikau berhati susah

Sekiranya engkau sedia berserah

Kepada Dia Yang Maha Gagah

 

Tidaklah perlu takut

Tidaklah perlu gusar

Tidaklah perlu khuatir

Kerana jasadmu dalam genggaman

Genggaman Tuhan seluruh alam

Kerana ruhmu dalam jagaan

Jagaan Tuhan siang dan malam

 

Jadilah dirimu seperti Raihan yang harum baunya,

Tanpa kau dusta akan nikmatNya,

Kerana dunia tiadalah kekal selamanya,

Akan fana di masa depannya,

Akan reput ditelan masanya.

(Special for RAIHAN KASIM)