Monday, 22 April 2013
Muslimboy Nazir: Tempoh haid paling pendek adalah 24 jam.
Muslimboy Nazir: Tempoh haid paling pendek adalah 24 jam.: Tempoh haid paling pendek terbahagi kepada dua :- 24 jam bersambung dan 24 jam tidak bersambung.. 1) 24 jam bersambung bermaks...
Anhar: CALON MUSLIM vs NON MUSLIM
Anhar: CALON MUSLIM vs NON MUSLIM: 1. Bahang Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 Malaysia yang bakal diadakan pada bila-bila masa sahaja menjadi lebih hangat dengan isu calon mus...
Sunday, 21 April 2013
~ RASA BERDOSA ~
Bismillahirrohmanirrohim..
Surat untuk mu wahai diri ku,
Bacalah, bacalah dengan nama Tuhan mu yang maha pengasih...
Maafkan aku wahai diriku,
aku sudah malu pada mu wahai diri ku..lebih-lebih lagi malu terhadap pencipta kita.
rasa menyesal mula membelit jiwa ini. Kenapa aku sanggup buat begitu wahai diri ku.. sesal yang tidak-tidak sudah mula berakal dalam diri ini. Bagaimana aku mahu menyelesaikannya aku sendiri pun buntu. Apakah patut gambar ku beri kepada lelaki yang bukan muhrim. Kepala ku berserabut. Kerja-kerjaku masih bertimbun di atas meja nan satu itu. Task-task pula mula memenuhi ruangan hidup ini, Rasa malas pula makin mula membelit diri ini. Kenapa dengan diriku ini wahai diri ku. Adakah alasannya untuk kenal sahaja sudah menjadi bukti yang si dia ingin menyunting aku. Biarlah engkau ingin mengatakan aku ini perasan, aku tidak kisah, tapi itu yang ku rasakan kerana aku tahu wahai hati ku engkau akan cepat tersa dengan gerak rasa ini. Wahai diriku, maafkan aku kerana telah membuatkan engkau pun terbuai sama dengan perasaaan yang memang fitrah manusia untuk merasainya. Aku sendiri tidak menyedari sanggupnya aku memberi sekeping gambar ku padanya, sedangkan dia bukanlah sesiapa untuk kita. Jika selama ini aku boleh menolak mana-mana lelaki yang meminta yang bukan-bukan tetapi kenapa dengannya dengan senang aku memberi. Aku pelik dengan diriku sendiri padahal kenal pun tidak. Betul aku pelik dengan diriku sendiri wahai diriku.
Sekali lagi maafkan aku wahai diriku,
sebalnya aku dalam situasi sebegini. Rasa berdosa mula menyelinap setiap urat saraf tubuh, sayu lagi pilu terasa. Ayah.. ibu.. maafkan anakmu ini, aku tidak ingin kasih sayang anda berdua diganti dengan kasih sayang lelaki lain sebelum diri ini dimiliki lelaki yang bergelar suami. Ku pinta jangan berhenti berdoa untukku wahai ibu, wahai ayah. Kasih kalian begitu hebat terkesan dalam diriku ini wahai ibu dan ayah. Aku tidak sanggup membelakangi kalian. Wahai diriku tolonglah sedarkan diri. Begitu banyak lagi perkara yang perlu diberi komitmen. Sedarkanlah wahai diri kerja dakwahmu untuk dirimu sendiri belum selesai ini kan pula kerja dakwahmu di luar sana. Wahai diriku, tegakkan Islam dalam hatimu maka dengan izinNYA akan tertegak Islam di sekelilingmu. Wahai diri ku mari sama kita berdoa pada pencipta kita suapaya DIA sanggup memgampunkan kita yang berdosa ini..
"Ya Allah, aku tahu aku berdosa, dosaku melebihi pepasir di pantaian melebihi pula buih-buih di lautan. Aku hanyalah hamba Mu dan Engkaulah Tuhanku. Segala pujian ku tujukan padaMu Robbi. Engkau Zat Yang Maha Kekal, hidupkanlah hatiku ini dengan sinaran Nur Engkau, hidupkanlah hati ini dengan sinaran Nur Muhammad kekasih agung Mu Ya Allah. Kasihanilah daku, sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha pengasih. Ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun. Hidup dan matiku semata-mata kerana belas kasih Mu Ya Robbi. Ampuni aku kerana lalai terhadap Mu robbi. Tolonglah aku untuk menolong diriku sendiri. Moga Engkau lebih meneliti hati ini Robbi dan moga engkau simpati pada hambaMu yang satu ini ya Robbi"
Mungkin ini adalah ubat untuk mu wahai diri ku..

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Az-Zumar ayat 53.
“Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.” Surah An-Nisa’ ayat 64.
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?” Surah Ali Imran ayat 135.
Maha Suci Mu wahai Tuhan kerana telah menyampaikan ayat-ayat cinta ini untuk kami para pendosa. Wahai diri ku, perlukah kita rasa berdosa sampaikan kita tidak mahu bergerak mengejarNYA. Marilah wahai diri ku fikirkan masa hadapan kita bersama pencipta kita.
Saturday, 20 April 2013
Cerita PRU13
Alhamdulillah berpeluang mendengar sahabat yang turun padang merasa hangatnya bahang PRU ke 13 walaupun diri sendiri tidak berpeluang in syaa Allah esok masih ada.
Turun ke medan realiti, berjumpa dengan masyarakat yang pelbagai ragam, menyelami perasaan dan melihat dengan mata sendiri kesusahan yang mereka alami. Memerlukan kesabaran dan kaedah yang sesuai untuk menyantuni masyarakat yang lahir daripada pelbagai latar belakang.
Berbual-bual dengan seorang pak cik, yang merupakan bekas imam di kawasan perumahan yang kami lawati. Pak cik tersebut menyatakan peri pentingnya untuk mahasiswa cakna dengan isu semasa, termasuklah isu politik dan bukannya hanya menunggu sehingga habis belajar, untuk mengambil tahu isu-isu tersebut.
"You don't have to be great to start, but you have to start to be great."
Kata-kata yang ringkas, namun memberikan kesan :)
~ Aku Dulu & Kini ~
Peoples can judge me based on my posts, or perhaps not. Well, I once read that a person will either brag or be so humble when asked to describe about themselves. So, I shouldn't describe myself, should I? Allah knows me better :)
Andai anda kawan sekolah ku dahulu, anda mungkin tahu perangai diri ini, walau tidak kesemuanya. Aku seorang yang tidak pandai untuk memendam perasaan. Andai diri ini terasa dengan perbuatan atau percakapan seseorang, akan ku terus tunjukkan rasa 'ketidakselesaan' ku tanpa mereka sedari. Itu zaman kebudakan ku. Sekarang, sedaya upaya aku cuba untuk mengawal kemarahan, tingkatkan kesabaran diri ni dalam mencari redho-Nya Ilahi. Jika terasa sekalipun dengan perbuatan atau percakapan seseorang ku pendam dan akan di cuba secara jihad untuk melupakannya walaupun kadang-kadang, tertunjuk juga hakikatnya.
Dulu, mungkin mudah untuk menyatakan prinsip diri ini, walaupun tahu akan ada yang terluka. Tapi itu bukan masalah bagiku. Apa yang penting untuk ku ialah aku perlu mengejar redha-NYA. Oleh sebab itu, pandangan-NYA lebih ku utamakan. Tapi, sekarang, kenapa begitu jauh diri ini berubah? Prinsiap ku goyah di makan waktu (bukan pada every situation, tapi ada masanya saya tak dapat nak nyatakan prinsip saya) sampaikan aku ditegur oleh seorang sahabat, "Kau ni, lembut sangat sampai orang take advantage terhadap kau. Kau kena teguh pendirian."
Aku dulu dan kini, mungkin terlalu banyak bezanya, mungkin juga sikit bezanya (maksudnya, dari segi perangai). Alhamdulillah diberi oleh-NYA kesedaran membaiki diri. Andai kekurangan mahupun kelebihan diri ini menjengkelkan sahabat, maka sepuluh jari ini disusun memohon kemaafan daripada sahabat sekalian.

*******
If you do not have the knowledge about something, or your knowledge about that something is very limited, than it is better for you to stay silent. In simpler word, we should not comment about something if our knowledge is limited. For example, my Islamic knowledge is limited. Jadi, kalau ada orang tanya mengenai sesuatu hukum yang saya tak pasti jawapannya, it's better for me to tell the truth kan, "I don't know".
But, it is better for us to say "I don't know" rather than memandai-mandai mengajar ajaran sesat :) Muhasabah untuk diri ku yang terlalau alpa khususnya.
* Ya Allah.. dugaan yang diberiMu adakala tiada daya untuk ku lalui.. kuatkanlah dan tabahkanlah hati yang rapuh ini untuk memperolehi sinar kebahagian hadiah daripada Mu Ya Robbi...
Mengapa terlalu mudah untuk mengungkit-ungkit keburukan orang, sedangkan dia masih dalam proses membaiki dirinya? Bukankah lebih mudah seandainya dia diberi peluang dan berikan sedikit sokongan kepada dirinya? Ataupun lebih baik lagi, cuba contohinya yang sanggup berubah ke arah kebaikan. [P/s: yang ni tiada kaitan dengan saya :)]
*******
If you do not have the knowledge about something, or your knowledge about that something is very limited, than it is better for you to stay silent. In simpler word, we should not comment about something if our knowledge is limited. For example, my Islamic knowledge is limited. Jadi, kalau ada orang tanya mengenai sesuatu hukum yang saya tak pasti jawapannya, it's better for me to tell the truth kan, "I don't know".
But, it is better for us to say "I don't know" rather than memandai-mandai mengajar ajaran sesat :) Muhasabah untuk diri ku yang terlalau alpa khususnya.
SPECIAL FOR YOU WAHAI JIWA YANG GERSANG...
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Mengapa PAS dipersalahkan dalam isu UMNO?
1) Sekalipun kenyataan Tuan Guru Haji Abdul Hadi mungkin nampak menghairankan pada awalnya
2) Yang berkuatkuasa dalam isu ini adalah KERAJAAN sendiri!!
3) Sepatutnya kerajaanlah yang mengambil peranan dalam hal ini
4) Tetapi BN sibuk pula menyalahkan PAS seolah2 PAS merupakan jabatan yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama seperti JAKIM dll...
TOLAK BUDAYA FITNAH
INIKALILAH!!!
TUMBANGKAN BN/UMNO
Friday, 19 April 2013
~ MUHAMMAD SI PENOLONG TUA ~
~ Muhammad Rasulullah S.A.W Si Penolong Wanita Tua ~
Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w sedang berjalan di Kota Mekah, baginda terlihat seorang wanita tua menunggu seseorang untuk membantunya membawakan barang. Tatkala Rasulullah lalu di depannya, wanita tua itu memanggil, "Ya Akhal Arab! Tolong bawakan barang ini. Kamu akan ku bayar nanti ! "
Rasulullah s.a.w sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana baginda memang berniat untuk menolongnya. Rasulullah s.a.w pun mengangkat barang-barang itu dan berkata, "Aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran"
Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah. Biasanya, walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang itu akan senang hati akan menerimanya. Dia memandang wajah Muhammad yang bersih dan teduh. Wanita tua itu, yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang peribadi luhur dan jujur.
Di tengah perjalanan, wanita itu memberitahu. "Khabarnya di Kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya !"
Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongnya, yang kini ada bersamanya, adalah Muhammad. lantas Nabi pun memperkenalkan dirinya, "Aku ini Muhammad.."
Wanita tua terperanjat. Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya. Maka pada saat itu juga wanita tersebut terus mengucapkan syahadah. Ucapnya "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang luhur !"
Wahai hati ku, ku seru mu kasihi Muhammad <3

Subscribe to:
Posts (Atom)