Wednesday, 29 May 2013

Orang Pertama Mati Syahid – Sumayah Binti Khubath




altRasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Bersabarlah       wahai keluarga Yasir, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian ialah syurga”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendoakan keluarga Yasir, “Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka”.

Keluarga yang agung dan mulia ini menghimpunkan segala sisi keutamaan. Keutamaan-keutamaan ini semerbak harum menebarkan aroma kemuliaan dan ia tersebar dari generasi terawal memeluk Islam sehinggalah ke generasi akhir zaman. 

Pemimpin keluarga ini, Yasir bin Amir bin Malik berasal dari Yaman. Beliau datang ke Mekah bersama-sama Al-Harits dan Malik dalam rangka menjejaki saudaranya. Mereka berdua kembali ke Yaman, sebaliknya Yassir terus menetap di Mekah. Beliau kemudiannya menjalin persahabatan dengan Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah bin Abdullah Al-Makhzumy, yang kemudiannya menikahkannya dengan seorang hamba wanita, Sumayyah bintu Khubath, lalu melahirkan seorang anak lelaki, bernama Ammar. Abu Hudzaifah kemudiannya memerdekakan Sumayyah manakala Yasir dan Ammar tetap bersama-sama dengan Abu Hudzaifah sehingga meninggal dunia.

Sumayyah bintu Khubath, nama yang tidak pernah dikenali di seluruh pelosok Mekah sebelum Islam hadir memancarkan sinarnya di Ummul Qura. Beliau seorang wanita yang bersosok besar, usianya telah memasuki usia senja. Namun, beliau memiliki akal yang jernih, dan jiwanya memancarkan keikhlasan, bara dan semangat!. Tidak berapa lama selepas Rasulullah memulakan dakwah baginda, keluarga Yasir muncul sebagai di antara manusia terawal mengimani risalah Islam dan membenarkan kerasulan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Keimanannya yang mendalam terhadap Allah menjadikan dirinya sebagai pelopor wanita-wanita yang sabar dan tegar mempertahankan akidah. Bahkan beliaulah adalah orang ketujuh yang masuk Islam dan di antara orang terawal yang menampakkan keislamannya. Hal ini disebutkan oleh Al-Imam Adz-Dzahaby Rahimahullah di dalam bukunya, Siyar A’lamin-Nubala’ menerusi riwayat Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu

 Yang pertama sekali menampakkan keIslaman mereka secara terang-terangan ada tujuh orang; Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Abu Bakar, Ammar, ibunya Sumayyah, Shuhaib, Bilal dan Al-Miqdad. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mendapat perlindungan dari bapa saudarany (Abu Talib). Abu Bakar mendapat perlindungan kaumnya. Yang lain-lain pula mengalami penyeksaan yang keras dari orang-orang musyrik, dikenakan baju besi lalu ditelantarkan di bawah terik matahari. Tidak seorang pun dari mereka kecuali harus memenuhi apa yang mereka inginkan, kecuali Bilal. Dia tidak peduli apa yang menimpa dirinya kerana Allah. Dia juga tidak peduli kepada kaumnya. Ketika dia diseksa, kanak-kanak kecil ikut sama mengerumuninya, dan dia hanya mampu mengucapkan, ‘Ahad, ahad, ahad”.

Keluarga Sumayyah turut sama berada di barisan hadapan. Kemarahan kaum Quraisy benar-benar memuncak. Hampir setiap nafas mereka adalah hembusan kebencian kepada orang-orang yang mengucapkan “Rabb kami adalah Allah”. Penyeksaan-penyeksaan tidak pernah menjadikan kaum Muslimin berundur, malah mereka tetap istiqamah dan terus mengikuti Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. 

Sementara itu, baginda hanya mampu meniupkan kata-kata semangat dan motivasi keimanan kepada keluarga Sumayyah kerana tiada seorangpun yang mampu memberikan jaminan kepada keluarga tersebut. Keluarga itu menerima pelbagai jenis penyeksaan dari orang-orang musyrik yang terbakar oleh api dendam dan kebencian terhadap dakwah Islam. Mereka memuaskan keinginan yang gila dengan menyeksa Sumayyah dan keluarganya.  Ibnu Atsir Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya, Usdul Ghabah, tentang seksaan yang dialami oleh Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuk orang-orang yang lebih dahulu masuk Islam dan dia juga termasuk di kalangan orang-orang yang mendapat seksaan yang keras kerana Allah”.

KELUARGA YANG SABAR
Tiada yang mampu dilakukan manusia kecuali terkagum terhadap keluarga Yasir, sebuah keluarga yang mulia, yang diberi kemudahan, dan yang mampu menggegarkan para pemimpin kaum musyrikin Mekah. Mereka yang sebelumnya dikenali sebagai orang-orang yang lemah lembut, tidak lagi mempunyai sifat itu tatkala berhadapan dengan kaum kafir yang cuba mengoyakkan keimanan mereka. Bahkan kaum musyrikin hampir hilang akal kerana rasa marah ketika melihat keluarga ini semakin tenang dan mantap, tidak gerun terhadap seksaan, tidak beranjak sedikit pun dari akidah mereka, malah tidak surut kesabaran mereka ketika dijemur di bawah terik matahari dalam keadaan kehausan. Ketegaran keluarga ini membuatkan kaum musyrikin kehairanan, bingung dan semakin berang. Mereka mengheret Ammar bersama kedua ibubapanya ke tengah-tengah padang pasir yang panas sepanasnya, agar mereka keluar dari Islam. Ironinya, keluarga sabar ini sentiasa bertambah keimanan mereka seiring dengan semakin pedihnya seksaan. Mereka semakin pasrah, terutamanya setelah mereka mendengarkan doa memohon pengampunan bagi diri mereka oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam

Salim Abul-Ja’d meriwayatkan, beliau berkata, “Utsman memanggil beberapa sahabat Rasulullah, di antaranya terdapat Ammar bin Yasir. Ustman berkata, ‘Aku akan menyampaikan kepada kalian hadis tentang Ammar. Aku bersama Rasulullah pergi ke Al-Bathha’ sehingga kami menemui Ammar berserta ibubapanya ketika kaum musyrikin menyeksa mereka. Yasir berkata kepada Rasulullah, “Apakah selamanya aku akan begini?”. Baginda bersabda, “Bersabarlah!”. Kemudian baginda bersabda, “Ya Allah, berilah ampunan kepada keluarga Yasir, kerana Engkau telah berbuat apa yang Engkau Perbuat” . [Ditakhrij oleh Ahmad]

PENENTANGAN SUMAYYAH
Kaum musyrikin Quraisy hampir tidak pernah menghentikan seksaan terhadap Sumayyah dan keluarganya. Selepas suaminya meninggal dunia akibat penyeksaan, Sumayyah semakin menentang dan memberikan reaksi keras terhadap Bani Al-Mughirah bin Abdullah bin Makhzum, yang dipelopori oleh Abu Jahal. Dia layaknya orang yang tidak waras dan tidak berperasaan ketika berhadapan dengan  ketegaran Sumayyah mempertahankan akidahnya. Baginya, kedegilan Sumayyah ialah perlecehan terhadap dirinya. Sumayyah telah berjaya mencarik-carik kebesaran nama Abu Jahal di kalangan kaum musyrikin kerana kesabarannya terhadap kerasnya seksaan. Hati Abu Jahal hampir saja meledak kerana Sumayyah tidak mahu memperolok-olokkan dan mengeji nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, walau dengan hanya satu kata seperti yang dipaksakan Abu Jahal kepadanya.

Abu Jahal (semoga Allah menghinakannya), tidak membiarkan satu pun sarana untuk menghalangi manusia dari jalan Allah, melainkan dia akan menggunakannya. Dia tidak mendapatkan satu jalan pun untuk menekan orang-orang Mukmin, melainkan dia akan melaluinya. Ibnu Ishaq Rahimahullah, menyampaikan satu gambaran yang jelas tentang hal ini, dengan berkata,

“ Abu Jahal, orang jahat yang terperdaya di tengah-tengah kaum Quraisy, jika mendengar berita seseorang masuk Islam, dan orang itu adalah orang yang terpandang dan mendapat jaminan perlindungan,maka dia hanya akan mengingatkannya dan menegurnya dengan berkata, ‘Kau tinggalkan agama bapamu, padahal bapa-bapamu adalah lebih baik darimu. Kami benar-benar akan mengalahkan pendapatmu dan benar-benar akan menghinakan kehormatanmu.’

Jika yang dihadapinya adalah seorang pedagang, maka dia akan berkata 'Demi Tuhan, kami benar-benar akan membuatkan kamu rugi dalam perniagaanmu, dan kami benar-benar akan menghancurkan harta bendamu'. Jika yang dihadapinya adalah orang yang lemah, maka dia akan memukul dan menyeksanya semahu-mahunya. Semoga Allah melaknat dan memburukkannya

SYAHIDAH PERTAMA
Sumayyah Radiallahu Anha adalah wanita pertama yang menampakkan keIslamannya, di samping menjadi syahid pertama yang mengorbankan dirinya di jalan Allah. Dalam peristiwa kesyahidannya itu, terkandung pelajaran-pelajaran berharga bagi sesiapa yang memiliki hati atau mempunyai pendengaran. Beliau menjadi sosok syahid yang sebenarnya dan mempamerkan hakikat sabar kepada para generasi seterusnya.

Setelah suaminya, Yasir meninggal dunia kerana penyeksaan yang sangat berat, Sumayyah Radiallahu Anha diserahkan pula oleh Abu Hudzaifah kepada Abu Jahal, sehingga si jahat itu dapat menyeksa dengan segala cara yang diinginkannya disamping mengejek-ejek diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sejuta sumpah seranah dan umpat keji. Suatu petang, Abu Jahal bersikap keras kepada Sumyyah, kemudian berkata kepadanya, “Engkau tidak beriman kepada Muhammad melainkan kerana engkau tergila-gila kepada ketampanannya”.

Apa pula reaksi Sumayyah? Beliau memberikan jawapan yang tidak kalah kerasnya, lantaran kemarahannya yang tidak tertahan dengan tuduhan Abu Jahal itu. Keangkuhan Abu Jahal terbukti apabila beliau menikamkan tombak ke tubuh Sumayyah sehingga menyebabkan Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid, rohnya naik kepada Penciptanya dalam keadaan redha dan diredhai, kerana telah memberikan kesaksian tidak berbelahbagi bahawa tiada Ilah selain Allah, dan bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.

Mujahid Rahimahullah berkata, “Syahid yang pertama di dalam Islam ialah ibu Ammar, Sumayyah yang ditikam Abu Jahal dengan menggunakan tombak, tepat di ulu hatinya” .(Al-Bidayah Wan-Nihayah, 3/59)

Ibnul Jauzy Rahimahullah berkata,” Dia adalah syahid pertama di dalam Islam. Semoga Allah redha kepadanya sebagaimana Allah membuatkannya redha”.

IBNU SUMAYYAH
Sumayyah, nama ini dan sahabiyah ini tetap hidup abadi menebarkan keharuman setelah mati syahid dan beruntung telah meraih keredhaan Allah. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terbiasa memanggil anaknya Ammar, dengan sebutan “Ibnu Sumayyah”. Maka, tidak dapat lagi dimungkiri bahawa panggilan yang diberkahi ini merupakan penghormatan terhadap sahabiyah yang sabar dan baik ini. Panggilan itulah yang lebih sering meluncur dari lisan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang mulia.

Abdullah bin Mas’ud Radiallahu Anhu pernah berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, ‘Jika manusia saling berselisih, maka Ibnu Sumayyah berada pada kebenaran”. (Kisah ini disebutkan di dalam Siyar A’lamin-Nubala, 1/415-416; Tarikhul Islam, Adz-Zahaby, 3/575)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga sering menyebutkan nama Sumayyah dengan keutamaan dan kebaikan. Sewaktu Perang Badar, baginda menyampaikan khabar gembira bagi “orang baik yang mendapat kebaikan”. (Julukan untuk Ammar, kerana RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepadanya, ‘Selamat datang wahai orang baik yang mendapat kebaikan’). Di dalamnya disebutkan juga nama Sumayyah. Peristiwa ini dikisahkan ketika musuh Allah, Abu Jahal terbunuh di dalam Perang Badar. Ketika itu Rasulullah menggembirakan Ammar dengan berkata “Allah telah membunuh orang yang membunuh ibumu”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga pernah mendoakan untuk Sumayyah dan keluarganya dengan doa yang diberkahi ketika Ammar mendatangi Rasulullah mengadu seksaan yang dihadapi oleh ibubapanya termasuk dirinya sendiri. Beliau berkata, “Wahai Rasulullah, kami mendapatkan seksaan yang sangat keras”. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Bersabarlah wahai Abul Yaqzhan (julukan lain bagi Ammar). Ya Allah, janganlah Engkau seksa seorang pun dari keluarga Yasir dengan api neraka” (Al-Isti’ab, 4/325; As-Sirah Al-Halabiyah, 1/484)

NISA’ MUBASSYARAT BIL JANNAH!
Inilah kisah sahabiyah yang sabar, yang disajikan sirahnya sebagai wanita yang teguh hati pada kebenaran dan keimanan, sehingga menjadi pelopor di dalam perjuangan Islam sepanjang zaman. Ibnu Abdil-Barr Rahimahullah memuji Sumayyah dengan berkata, “Dia termasuklah orang yang diseksa kerana Allah, dan sabar di dalam menghadapi seksaan. Dia termasuklah wanita yang berbaiat, baik dan terutama” (Al-Isti’ab, 4/324)

Semoga Allah merahmati Sumayyah ibu Ammar, wanita dan orang pertama yang mati syahid di dalam Islam, ibu orang yang pertama membangun masjid dan digunakan untuk solat. Kesejahteraan bagi keluarga Yasir, kesejahteraan ke atas kalian kerana kesabaran kalian dan sesungguhnya kalian akan mendapat balasan yang sebaik-baiknya.

Terimalah khabar yang baik wahai keluarga Ammar, kerana tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga” (Sabda RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam yang disampaikan oleh Ustman Al-Affan. Dipetik dari Thabaqat Ibnu Sa’ad, 3/249; Majma’ Az-Zawaid, 9/293; Tarikhul Islam Adz-Zahaby, 3/572)

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang Mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang kerana Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka, bergembiralah dengan jual beli yang telah kalian lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 111)

Sumayyah bintu Khubath Radiallahu Anha termasuk sejumlah wanita yang terawal menerima Islam dan bersegera memenuhi janji Allah serta membenarkan apa yang telah dijanjikan Allah kepada kaum Muslimin, sehingga beliau berhak mendapat khabar gembira sebagai orang yang dijanjikan syurga. Bagaimana pula dengan kita sebagai kaum muslimah akhir zaman? Semoga kisah ini menjadi obor penyuluh dan menyemarakkan lagi semangat kita dalam mendakwahkan agama Allah ini sehingga tiba janji Allah yang seterusnya, "akan berdiri semula kekhilafahan di atas manhaj kenabian" [HR Ahmad]

Berkorban Kerana Allah – Siti Masitah


KISAH ini berlaku di negara Mesir ketika pemerintahan Firaun yang terkenal sebagai pemerintah yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Firaun ingkar kepada Allah dan membunuh sesiapa sahaja yang tidak mengakuinya sebagai tuhan. Pada ketika itu, ada seorang tukang andam istana bernama Siti Masitah yang beriman kepada Allah di istananya.

Suaminya bernama Hazaqil yang menjaga perbendaharaan kerajaan Mesir dan menjadi sahabat Firaun. Walaupun dia rapat dengan Firaun, hatinya sudah beriman kepada Allah. Pada suatu hari, Hazaqil tidak berpuas hati dengan hukuman mati yang dijatuhkan Firaun kepada 40 ahli sihir yang beriman kepada Allah. Dia berdebat dengan Firaun.
"Tuanku, saya tidak bersetuju dengan hukuman mati kepada ahli sihir kita. Walaupun mereka beriman kepada Allah, mereka sudah berjasa kepada negara Mesir." Hazaqil mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan oleh Firaun.
"Mereka dihukum mati kerana tidak mengaku beta sebagai Tuhan mereka!" Firaun kelihatan marah dengan kata-kata Hazaqil itu.

"Sekiranya kamu mempertahankan nasib ahli sihir itu, beta percaya kamu sebenarnya juga salah seorang daripada mereka yang beriman kepada Allah". Firaun mula berfikir mengapa Hazaqil mempertahankan nasib ahli sihir yang dihukum mati.

"Oleh kerana kamu salah seorang daripada mereka, beta jatuhkan hukuman mati ke atas kamu". Firaun tanpa teragak-agak menjatuhkan hukuman ke atas Hazaqil walaupun dia merupakan sahabat dan pegawai kerajaannya.
Hazaqil terus ditangkap oleh pegawai Firaun dan dibawa keluar dari istana. Dia diikat pada sebatang pohon kurma dan dipanah oleh pengawal Firaun sehingga mati. Kematian Hazaqil membuatkan hati Siti Masitah tidak tenteram dan hatinya semakin benci melihat muka Firaun yang membunuh suaminya.

Pada suatu pagi, Siti Masitah menyikat rambut puteri Firaun di bilik tidur. Pada mulanya dia menumpukan perhatian menyikat rambut puteri Firaun. Tiba-tiba hatinya teringat kepada Hazaqil yang mati dibunuh oleh Firaun kerana beriman kepada Allah. Jiwanya mula menjadi keluh resah sehingga dia hilang tumpuan. Justeru, sikat yang sedang dipegangnya terjatuh ke lantai.

"Allah". Kata Siti Masitah, lalu mengambil sikat dari lantai.
"Kamu akan dihukum kerana berkata begitu! Adakah tuhan lain selain bapa beta?" puteri Firaun bertanya kepada Siti Masitah dengan keras.
Siti Masitah tidak memohon maaf atas kata-katanya itu. Dia juga menyatakan ada tuhan lain yang patut disembah dan bukan bapanya.

Puteri Firaun terus mendapatkan ayahnya dan mengadu tentang apa yang diucapkan oleh Siti Masitah kepada Firaun. Firaun menjadi marah lalu memanggil Siti Masitah bagi dibicarakan.
"Siapakah Tuhan kamu?" bergema suara Firaun menakutkan Siti Masitah yang berdiri di hadapannya.
"Tuhan saya Allah," balas Siti Masitah dengan tenang dan berani.

"Kamu akan dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan menghina beta!" Firaun memerintahkan pengawal memasak minyak panas di dalam sebuah kuali besar. Firaun juga memerintahkan tenteranya memanggil rakyatnya berkumpul dan melihat hukuman yang bakal dilaksanakan kepada Siti Masitah.

"Dengar rakyat semua, inilah hukuman kepada orang yang tidak mengaku beta sebagai Tuhan." Firaun terus memandang Siti Masitah. Dia berkata, "Beta berikan satu peluang terakhir kepada kamu, adakah kamu mengaku beta sebagai tuhan kamu?"

Sebelum Siti Masitah menjawab, syaitan datang lalu membisikkan hasutan di hatinya. "Kamu tidak sayang nyawa anak-anak kamu. Kamu tidak kasihan kepada bayi yang masih kecil itu. Beta tidak akan hukum kamu sekiranya kamu mengaku beta sebagai tuhan." Siti Masitah mula berjalan menaiki tangga menuju ke kuali besar yang berisi minyak mendidih.

"Wahai ibu, janganlah terpedaya dengan kata-kata syaitan yang dilaknat Allah. Kematian kita mendapat rahmat daripada Allah dan pintu syurga terbuka menanti kedatangan kita," tiba-tiba, bayi dalam gendongan Siti Masitah berkata dengan izin Allah.
"Allahhu Akbar!" teriak Siti Masitah lalu terjun bersama dua orang anaknya ke dalam kuali besar berisi minyak mendidih itu.

Rakyat Mesir yang hadir melihat kejadian itu terhenti nafas seketika melihat keimanan Siti Masitah dan dua orang anaknya yang rela berkorban demi mempertahankan kebenaran agama Allah. Tiba-tiba mereka tercium bau wangian harum keluar dari periuk besar berisi minyak mendidih itu apabila Siti Masitah dan dua orang anaknya menghembuskan nafas terakhir di dalam minyak mendidih itu.

Keteguhan iman Siti Masitah sekeluarga tidak disembunyikan daripada pengetahuan Firaun. Mereka berterus terang dan mendapat hukuman Firaun kerana mengejar cinta Allah yang lebih agung dan yang lebih dirindui.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

Pahlawan Wanita Serba Hitam – Khaulah Binti Azwar

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak. 

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian. 




Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. 

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.

 Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi. 

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu  Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi. 

Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu  seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?

Siapa kata wanita itu lemah..sirah telah membuktikan bahawa wanita bukanlah insan yang lemah..tangan-tangan wanitalah yang akan menggoncang dunia..Bidadari besi ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan..mampukah kita??tepuk dada tanyalah iman...wallahuaalam .


http://www.mohamadazhan.com/2011/02/khaulah-al-azwar-serikandi-medan-jihad.html

Pahlawan Wanita Pertama Membunuh Musuh Islam – Safiyah Binti Abdul Mutalib

SAFIYAH binti Abdul Mutalib adalah ibu saudara Nabi Muhammad. Ayahnya, Abdul Mutalib bin Hasyim adalah pemimpin kaum Quraisy yang disegani. Dia adalah adik kandung kepada Hamzah bin Abdul Mutalib yang digelar ‘Singa Allah’ dan digeruni oleh pihak musuh Islam.
Safiyah melibatkan diri dalam perang mengikut batasan-batasan yang dibenarkan oleh Islam. Dalam Perang Uhud, Safiyah dan wanita Muslimah membantu tentera Islam yang berperang dengan memberikan air minuman dan merawat mereka yang luka.
Pada awalnya, tentera Islam meriah kemenangan. Namun kemudian mereka ingkar perintah Nabi lalu turun dari Bukit Uhud bagi mendapatkan harta rampasan perang. Apabila pihak musuh melihat hanya tinggal seorang dua tentera Islam yang mengawal Bukit Uhud, mereka berpatah balik menyerang tentera Islam semula.
Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan mengejut sehingga ramai tentera Islam lari menyelamatkan diri daripada dibunuh pihak musuh.
“Mengapa kamu semua lari dari medan perang dan meninggalkan Rasulullah seorang diri,” jerit Safiyah dengan mengangkat tombak di tangan. Beliau mengarah kepada tentera Islam yang melarikan diri.
Namun, tiada seorang tentera Islam yang mempedulikan jeritan Safiyah dan terus lari meninggalkan medan peperangan. Hanya beberapa pahlawan Islam bergadai nyawa menyelamatkan Nabi daripada kepungan tentera pihak musuh. Hamzah terbunuh dalam perang ini dan berita kematiannya sampai ke telinga Safiyah.
“Suruh ibu kamu pulang ke rumah supaya dia tidak sedih dan terkejut melihat keadaan mayat ayah saudara kamu yang diperlakukan dengan kejam,” kata Nabi kepada Zubir apabila mengetahui Safiyah sedang menuju ke tempat jasad tentera-tentera Islam yang dikumpulkan untuk dikebumikan.
“Nabi meminta ibu pulang ke rumah.” Zubir menyampaikan pesanan nabi apabila bertemu dengan ibunya.
“Ibu sudah mengetahui tentang keadaan mayat ayah saudara kamu. Insya-Allah, ibu dapat bersabar dan tabah melihat mayatnya sebelum dia dikebumikan,” balas Safiyah dengan nada tenang.
Sifat kepahlawanan Safiyah terserlah dalam perang Khandak. Apabila Nabi dan angkatan tentera Islam keluar dari kota Madinah bagi menentang pihak musuh, kaum wanita dan kanak-kanak ditempatkan di dalam satu rumah sebagai benteng pertahanan. Hasan bin Thabit, penyair pada zaman itu ditugaskan bagi melindungi rumah itu daripada bahaya.
“Saya mahu pergi mengintip rumah yang menjadi benteng pertahanan pihak Islam. Seandainya tidak ada kaum lelaki di dalam rumah itu, kita dapat serang dan menangkap semua kaum wanita dan kanak-kanak bagi dijadikan tebusan. Sudah tentu tentera Islam yang berjuang di luar itu mengaku kalah,” kata ketua kaum Yahudi keturunan Quraizah kepada pengikutnya.
“Kami akan menunggu di bawah benteng ini dan menunggu arahan tuan,” balas pengikutnya yang bersetuju dengan cadangan ketua mereka.
“Saya melihat ada seorang Yahudi yang sedang mundar-mandir rumah kita. Saya bimbang sekiranya dia perisik kepada orang Yahudi berketurunan Quraizah,” komen Safiyah kepada Hasan yang masih duduk mendiamkan diri.
“Saya minta kamu keluar dari rumah ini dan bunuh Yahudi itu sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada kita semua,” pinta Safiyah kepada Hasan yang belum menunjukkan apa-apa reaksi.
“Kamu sahajalah keluar dan bunuh Yahudi itu,” balas Hasan dengan muka bersahaja.
“Kamu lupa saya ini adalah seorang wanita.” Safiyah mengingatkan statusnya kepada Hasan apabila mendengar kata-kata Hasan itu.
“Safiyah, saya hanya penyair dan bukannya pahlawan. Seandainya saya pahlawan, sudah tentu saya mengikuti Nabi ke medan peperangan,” Hasan mendedahkan perkara sebenar tentang dirinya.
“Sekiranya begitu, biar saya mencari jalan lain bagi menghapuskan Yahudi itu.” Safiyah kecewa dengan jawapan Hasan itu.
Dia mencari sebatang kayu yang paling keras dan keluar dari rumah itu dengan penuh berhati-hati. Safiyah berjalan perlahan-lahan mencari orang Yahudi yang mengelilingi rumah itu.
Apabila dia berjaya menemuinya, dia memukul kepala Yahudi itu dengan kuat sehingga Yahudi itu rebah menyembah bumi.
“Saya sudah bejaya membunuh Yahudi itu. Sekarang, kamu pergi ambil barang-barang yang ada pada mayat Yahudi itu,” kata Safiyah kepada Hasan.
“Mengapa kamu tidak mengambil barang-barangnya selepas kamu membunuhnya tadi?” tanya Hasan dengan pantas.
“Tidak manis sekiranya saya mengambil barang-barang daripada badan seorang lelaki,” balas Safiyah dengan nada sindiran.
“Saya tidak memerlukan barang-barang Yahudi itu. Kamu sahajalah ambil barang-barangnya,” Hasan menolak permintaan Safiyah itu.
Safiyah yang kecewa dengan kata-kata Hssan, keluar sekali lagi dari rumah itu. Dia menghampiri mayat Yahudi itu. Dia mencampakkan Yahudi itu ke bawah benteng itu.
“Lebih baik kita beredar dari sini. Saya rasa Rasulullah sudah menempatkan beberapa pahlawan Islam bagi melindungi kaum wanita dan kanak-kanak di rumah itu,” lapor salah seorang Yahudi Bani Quraizah.
“Lihat buktinya sekarang!” kata salah seorang pengikut mereka apabila melihat mayat ketua mereka di bawah benteng.
“Mungkin benar kata kamu. Lebih baik kita melarikan diri sebelum kita menjadi mangsa pahlawan Islam,” ajak seorang lagi pengikut kaum Yahudi yang mula melarikan diri.
Safiyah adalah wanita Islam pertama yang berjaya membunuh musuh Islam. Dia tidak gentar walaupun tiada seorang lelaki pun yang membantunya semasa menghadapi Yahudi itu.

Nusaibah binti Kaab : Serikandi perang

18:24 PM RABU 29/5/2013
Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam yang mulia berdiri di puncak bukit Uhud dan memandang musuh yang merangsek maju mengarah pada dirinya. Beliau memandang ke sebelah kanan dan tampak olehnya seorang perempuan mengayun-ayunkan pedangnya dengan gagah perkasa melindungi dirinya. Beliau memandang ke kiri dan sekali lagi beliau melihat wanita tersebut melakukan hal yang sama – menghadang bahaya demi melindungi sang pemimpin orang-orang beriman.
Kata Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam kemudian, “Tidaklah aku melihat ke kanan dan ke kiri pada pertempuran Uhud kecuali aku melihat Nusaibah binti Ka’ab berperang membelaku.”

Memang Nusaibah binti Ka’ab Ansyariyah demikian cinta dan setianya kepada Rasulullah sehingga begitu melihat junjungannya itu terancam bahaya, dia maju mengibas-ngibaskan pedangnya dengan perkasa sehingga dikenal dengan sebutan Ummu Umarah, adalah pahlawan wanita Islam yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam termasuk ikut dalam perang Yamamah di bawah pimpinan Panglima Khalid bin Walid sampai terpotong tangannya. Ummu Umarah juga bersama Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam dalam menunaikan Baitur Ridhwan, yaitu suatu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah.

Nusaibah adalah satu dari dua perempuan yang bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang berbaiat kepada Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam. Dalam baiat Aqabah yang kedua itu ia ditemani suaminya Zaid bin Ahsim dan dua orang puteranya: Hubaib dan Abdullah. Wanita yang seorang lagi adalah saudara Nusaibah sendiri. Pada saat baiat itu Rasulullah menasihati mereka, “Jangan mengalirkan darah denga sia-sia.”
Dalam perang Uhud, Nusaibah membawa tempat air dan mengikuti suami serta kedua orang anaknya ke medan perang. Pada saat itu Nusaibah menyaksikan betapa pasukan Muslimin mulai kocar-kacir dan musuh merangsek maju sementara Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam berdiri tanpa perisai. Seorang Muslim berlari mundur sambil membawa perisainya, maka Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam berseru kepadanya, “berikan perisaimu kepada yang berperang.” Lelaki itu melemparkan perisainya yang lalu dipungut oleh Nusaibah untuk melindungi Nabi.

Ummu Umarah sendiri menuturkan pengalamannya pada Perang Uhud, sebagaimana berikut: “…saya pergi ke Uhud dan melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam, kemudian ikut serta di dalam medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah Shallallahu alaihi Wassalam dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka.”

Ketika ditanya tentang 12 luka ditubuhnya, Nusaibah menjawab, “Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang Rasulullah ketika para sahabat sedang meninggalkan baginda. Lalu (Ibnu Qumaiah) berkata, ‘mana Muhammad? Aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup.’ Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibny Qumaiah memukulku.”

Rasulullah juga melihat luka di belakang telinga Nusaibah, lalu berseru kepada anaknya, “Ibumu, ibumu…balutlah lukanya! Ya Allah, jadikanlah mereka sahabatku di surge!” Mendengar itu, Nusaibah berkata kepada anaknya, “Aku tidak perduli lagi apa yang menimpaku di dunia ini.”
Subhanallah, sungguh setianya beliau kepada baginda Rasulullah s.aw.

Sesungguhnya Nusaibah Binti Ka’ab Al Anshariyah atau lebih dikenal dengan Ummu Umarah adalah merupakan salah satu contoh yang mempunyai keberanian yang kukuh pada setiap saat. Ia merupakan pahlawan wanita yang tidak pernah alpa dalam melaksanakan kewajipan .Semua yang dilakukan itu untuk memperoleh kemuliaan di dunia dan kenikmatan di akhirat.

Dia adalah seorang sahabat wanita yang agung. Dia termasuk salah seorang wanita yang bergabung dengan 70 puluh orang lelaki Ansar yang ingin berbaiat kepada Rasulullah SAW. Dalam baiat Aqabah yang kedua itu dia bersama dengan suaminya Zaid bin Ahsim dan dua orang puteranya Hubaib yang dibunuh oleh Musailamah setelah itu, dan Abdullah perawi hadith wuduk. Sedangkan wanita yang seorang lagi adalah saudaranya.
Ummu Umarah merupakan seorang wanita yang berani, pandai menjaga harga diri, jujur dan rajin. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah sendiri ketika dia membuat baiat. Baginda bersabda “Janganlah mengalirkan darah dengan sia-sia.”

PAHLAWAN WANITA ANSAR

Ibnu Saad memberikan gambaran yang indah mengenai Ummu Umarah didalam kitabnya Thabaqat seperti berikut:

“Ummu Umarah telah masuk Islam, ia telah menghadiri malam perjanjian Aqabah dan berbaiat kepada Rasulullah SAW. Ia ikut dalam perang Uhud, Perjanjian Hudaybiah, Umrah Qadha, Perang Hunayn, Perang Yamamah dan dia terpotong tangannya dan mendengar beberapa hadith Rasulullah SAW”.
Ummu Umarah menceritakan sendiri pengalamannya ketika Perang Uhud.Sebagaimana diungkap oleh Ibnu Sa’ad katanya:

“Pada permulaan siang, saya pergi ke Uhud dan saya melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat yang berisi air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah SAW yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah SAW, kemudian ikut serta di dalam medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah SAW dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka”.

Ketika Said bin Ibnu Rabi menanyakan kepadanya tentang luka yang dilihat di belakangnya, bagaimana kisahnya sehingga terjadi yang demikian. Ummu Umarah menjawab, “Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang baginda, ketika para sahabat sudah meninggal Rasulullah SAW. Lalu ia berkata,

“Tunjukkan aku di mana Muhammad, aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup”. Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibnu Qumaiah memukulku”.

Imam Az Zahabi berkata:
“Dia adalah wanita yang utama dan pejuang dari kalangan Ansar, Khazraj, Najjar, Mazin dan sebagai orang Madinah. Saudaranya Abdullah bin Kaab termasuk kelompok para sahabat yang ikut dalam perang Badar . Begitu juga saudaranya Abdurrahman termasuk orang yang suka menangis”.

Al Waqidi berkata:
“Ummu Umarah ikut Perang Uhud bersama suaminya dan dua orang anaknya dari suaminya yang pertama. Ia keluar untuk memberi minum dengan membawa qirbah atau tempat air yan buruk . Ia juga ikut berperang dan mendapat cubaan yang baik sehingga mendapat banyak dua belas luka ditubuhnya”

Imam Az Zahabi meriwayatkan darinya bahwa dia berkata:
“Saya mendengar Rasulullah SAW berkata: ” Sesungguhnya kedudukan Nusaibah pada hari ini adalh lebih baik dari kedudukan fulan dan fulan” .

Ibnu Saad juga meriwayatkan ungkapan Ummu Umarah sendiri sebagai berikut:
“Saya melihat para sahabat sudah jauh jaraknya dari Rasulullah SAW, hingga tinggal kelompik kecil yang tidak sampai 10 orang . Saya beserta kedua anak saya serta suami saya berada di hadapan baginda untuk melindunginya. Baginda melihat saya tidak mempunyai perisai, baginda melihat pula seorang lelaki yang mengundur diri sambil membawa perisai . Kemudian nabi bersabda kepadanya, “Berikanlah perisaimu kepada orang yang sedang berperang”. Ia pun melemparkannya, kemudian saya ambil dan
gunakannya untuk melindungi Rasulullah SAW”.

“Pasukan berkuda itu melakukan berbagai gerakan, seandainya mereka mengganggu baginda nescaya akan kami lawan mereka. Kemudian datanglah seorang yang menunggangi kuda yang hendak memmukul saya. Maka saya gunakan perisai tetapi ia tidak jadi melakukannya dan akhirnya berpaling. Ketika itu saya pukul kaki kudanya dan punggungnya. Lalu Rasulullah SAW memanggil,” Wahai putera Ummu Umarah, bantulah ibumu, bantulah ibumu”. “Kemudian anak saya datang membantu saya sehingga saya dapat membunuhnya.”

Imam AzZahabi meriwayatkan kisah ini melalui ungkapan anak Ummu Umarah yang bernama Abdullah bin Zaid. Katanya,“Pada suatu hari saya terluka dan darahnya tidak mahu berhenti.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda, “Balutlah lukamu,”. Kemudian ibuku datang dengan membawa pembalut dari ikat pinggangnya. Kemudian dibalutnya lukaku sedangkan baginda berdiri lalu baginda bersabda ” Bangunlah dan perangi kaum itu .”Kemudian baginda bertanya, “Siapakah yang mampu berbuat sepertimu wahai Ummu Umarah ?” Kemudian datanglah orang yang memukul anaknya tadi. Rasulullah SAW pun bersabda,
“Inilah orang yang memukul anakmu”,

“Kemudian Ummu Umarah mendekatinya dan memukul betisnya hingga tumbang . Maka Ummu Umarah melihat Rasulullah SAW tersenyum hingga nampak gigi taring baginda sambil banginda bersabda, “Engkau telah menghukumnya wahai Ummu Umarah”,” Kemudian kami pukul lagi dengan pedang sehingga musuh itu mati . Lalu baginda bersabda , “Segala puji kepunyaan ALLAH, yang telah memberi pertolongan kepadamu.”

DOA RASULULLLAH SAW UNTUK UMMU UMARAH DAN ANAKNYA

Imam Az Zahabi meriwayatkan dari Abdullah bin Zaid bin Ahsim ia berkata, “Saya mengikuti perang Uhud, maka ketika para sahabat meninggalkan Rasulullah SAW, saya dan ibu saya mendekati baginda untuk melindunginya, lalu baginda bertanya, “Mana Ummu Umarah?” Saya menjawab: ” Ya wahai Rasulullah ,” baginda bersabda :” Lemparkanlah”
Saya pun melemparkan sebuah batu kepada seorang lelaki yang sedang menunggang kuda di hadapan mereka, akhirnya batu itu mengenai mata kuda itu. Kemudian kuda tersebut bergoncang , sehingga penunggangnya terjatuh. Kemudian saya tindih orang itu dengan batu dan Rasulullah melihatnya sambil tersenyum.

Baginda juga melihat luka ibuku di belakangnya, baginda bersabda “Ibumu, ibumu balutlah lukanya, Ya Allah jadikan lah mereka sahabat saya di syurga”. Mendengar itu ibuku berkata : “Aku tidak hirau lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini”.
Itulah Ummu Umarah yang mengibarkan panji-panji Islam . Membela Rasulullah SAW, ia terluka dalam perang Uhud sebanyak 12 tempat di tubuhnya dan kembali ke Madinah dengan luka2 perjuangan tersebut.

Abu Bakar ketika menjadi Khalifah pernah datang menemuinya untuk menanyakan sesuatu. Begitu juga Umar Al-Khattab pernah memperoleh beberapa helai pakaian yang di dalamnya ada yang baru . Maka pakaian yang baru itu dikirim pada Ummu Umarah. Begitulah kehidupan Ummu Umarah melalui hari-hari kehidupan denan penuh perjuangan tehadap Islam, kemudian sentiasa melakukan kewajipan samada masa perang baik waktu damai.
Ummu Umarah juga bersama Rasulullah SAW untuk menunaikan Baitur Ridhwan, satu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan ALLAH.

Setelah Rasulullah SAW wafat munculllah Musailamah Al Kazab yang mengaku menjadi nabi . Maka semua orang memeranginya.Hubaib putera Ummu Umarah diutus oleh baginda ketika baginda masih hidup, untuk menyampaikan surat pada Musailamah .Namun Hubaib ditawannya dan diseksa dengan seksa yang mengerikan, namun Hubaib tetap tabah dan sabar.

Musailamah bertanya kepada Hubaib, ” Apakah engkau mengakui bawaha Rasulullah itu adalah utusan ALLAH ?” Dia menjawab “Benar”.

Musailamah bertanya lagi, ” Apakah engkau mengetahui bahawa saya adalah utusan ALLAH ?”

Hubaib menjawab, “Saya tidak pernah mendengar yang demikian itu,”. Lalu Musailamah memotong-motong tubuh Hubaib sehingga ia meninggal dunia.

Ketika mengetahui bahawa anaknya Hubaib terbunuh, maka Ummu Umarah bernazar tidak akan mandi sehingga ia dapat membunuh Musailamah. Maka dia akan ikut serta anaknya Abdullah dalam perang Yamamah . Ia sangat berharap agar dapat membunuh Musailamah dengan tangannya sendiri . Namun takdir telah menentukan yang membunuh Musailamah bukan Ummu Umarah tetapi anaknya Abdullah yang menuntut bela diatas kematian saudaranya Hubaib .

Al Waqidi menceritakan peristiwa yang dialami oleh Ummu Umarah dalam peperangan ini dengan menyatakan, “Ketika sampai kepadanya berita kematian anaknya di tangan Musailamah al Kazzab, maka ia berjanji kepada ALLAH dan memohon kepadaNya agar ia juga mati di tangan Musailamah atau dia yang membunuh Musailamah”.

Maka dia pun mengkuti perang Yamamah bersama Khalid bin Walid , lalu Musailamah terbunuh dan tangan Ummu Umarah terpotong dalam peperangan tersebut.

Ummu Umarah berkata, “Tangan saya terpotong pada hari peperangan Yamamah, pdahal saya sangat berhajat untuk membunuh Musailamah . Tidak ada yang dapat melarangku sehingga aku dapat melihat anakku Abdullah bin Zaid mengusap pedangnya dengan pakaiannya , lalu aku berkata kepadanya: ” Engkaukah yang membunuhnya ?” Ia menjawab “Ya” . Kemudian aku bersujud kepada Allah kerana bersyukur.

Semoga Allah memberikan rahmat kepada Ummu Umarah dengan rahmat yang luas dan menyambutnya dengan keredhaanNya yang agung.