Izwan
Nordin | Editor: Izwan Nordin
(maaf la, tak ada lobak merah kat sini)
Nur Izzah,
seorang pelajar undang-undang di Kolej Safir merasakan hidupnya tertekan kerana
silih-berganti masalah yang perlu dihadapinya. Sudah sampai tahap 'horror'.
Maka, Nur Izzah pun mengadu hal ini kepada bapanya, seorang Chef tersohor di
mata dunia, bernama Chef Jay.
Di dalam dapur
yang sentiasa berasap, Chef Jay mengambil 3 biji periuk 'stainless steel' yang
berisi air paip dan memanaskannya di atas dapur gas yang kuat apinya.
Nur Izzah
kelihatan bingung melihat gelagat ayahnya, Chef Jay itu. Apabila air di dalam
periuk tersebut kelihatan mulai menggelegak, Chef Jay memasukkan lobak merah,
telur ayam kampung dan 5 sudu besar serbuk coklat panas jenama
Galaxy ( memang sedap), setiap satunya ke dalam periuk yang berasingan.
Nur Izzah
menarik muka masam. Dia tidak merasakan ayahnya memahami masalahnya. Selepas
beberapa ketika, Chef Jay mengangkat lobak merah dan telur ayam kampung ke
dalam dua mangkuk dan menuangkan coklat panas ke dalam gelas. Dialog antara
ayah dan anaknya pun bermula.
Chef Jay : Apa yang Izzy (nama manja) nampak?
Nur Izzah : Lobak merah, telur ayam kampung dan coklat
panas...
Chef Jay : OK... cuba Izzy rasa lobak merah, kupas telur
ayam kampung dan hirup sedikit air coklat panas tu... lepas tu... beritahu ayah
apa yang Izzy rasa.
Nur Izzah : Hmmm... lobak merah tu lembut dan senang dikunyah,
telur ayam kampung tu sebelum masak dalamnya cair (mentah) tapi bila dah rebus
jadi keras dan yang paling sedap air coklat panas tu yang begitu enak ketika
panas. Tapikan... kenapa ayah buat macam ni???
Chef Jay : Sesungguhnya, dengan memasak pun boleh
menyelesaikan masalah Izzy tu. Ketiga-tiga bahan tu memberikan tindak balas
yang berlainan terhadap air panas yang menggelegak. Lobak merah yang pada
mulanya keras menjadi lembut bila direbus. Telur ayam kampung pada mulanya isi
dalamnya cair, tetapi menjadi keras apabila direbus. Coklat panas itu pula
tidak enak dimakan begitu sahaja, tetapi enak diminum panas-panas apabila
dibancuh dengan air panas.
Nur Izzah : Jadi apa kaitannya dengan masalah Izzy ni? Izzy
tak faham.
Chef Jay : Air yang panas menggelegak itu umpama semua
masalah Izzy dan ketiga-tiga bahan itu menggambarkan yang mana satukah Izzy nak
jadi. Jangan jadi seperti lobak merah, pada mulanya keras (kuat) tetapi lembut
(lemah) apabila di rebus di dalam air panas (masalah). Jangan jadi seperti
telur ayam kampung isi dalamya cair (umpama hati yang lembut dan boleh di
bentuk), tetapi apabila direbus menjadi keras (hati menjadi keras umpama batu)
walaupun daripada luar kelihatan masih sama. Jadilah seperti coklat panas itu,
menukar air panas itu dan menjadi air coklat panas yang enak. Begitulah Izzy
yang sepatutnya, jadikanlah masalah itu sesuatu yang memberi manfaat dan
pengalaman yang berharga di dalam hidup, moga-moga kita lebih matang dan bijak
menghadapi masa hadapan.
Nur Izzah
menitiskan air mata terharu mendengar nasihat ayahnya itu... Seakan-akan muncul
semangat baru di dalam diri Nur Izzah untuk terus mara ke hadapan.
Sahabat-sahabatku
sekalian...
Ujian adalah
Tarbiyyah daripada Allah s.w.t.
Berilah
pertolongan kepada mereka yang bermasalah walaupun hanya sekadar mendengar
masalah mereka.
Moga-moga kita
dirahmati Allah s.w.t. Amin...
Biodata Kolumnis
Izwan Nordin merupakan salah seorang co-founders
iluvislam.com. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di University of
Leicester, United Kingdom.
Sumber Grafik: latinfoodinorlando.com