Thursday, 21 February 2013


SIAPAKAH DIA RANI NANDA?

Insan yang bergelar Mastura binti Adnan ini Alhamdullilah telah dilahirkan pada 2 September 1992 dan nama yang telah dicatat semenjak azali lagi berkelahiran jauh dari Bumi Kinanah sana. Ayah menamakan anak sulungnya ini dengan nama yang indah lagi khas untuk diri ini yang bermaksud lembut tersembunyi, dan sekiranya dibaca nama ini dalam bahasa Arab dengan huruf THO pada huruf yang ke tiga maka nama ini akan bertukar maksud iaitu sebuah kitab yang terjaga rapi di Lauh Mahfuz. Menjadi kebanggaan saya untuk menjunjung nama yang bermaksud pada dua maksud ini untuk dita'arufi dan difahami. Kebiasaan yang sudah mengenali saya akan memangil saya dengan pangilan manja iaitu Mas. Tetapi yang sebenar-benarnya saya lebih suka untuk dipanggil Mastura kerana itulah saya yang sebenarnya.
Saya adalah produk pertama kelahiran anak kepada ayah yang bernama Adnan bin Che Harun dan ibu yang bernama Raniah binti Harun. Gelaran anak sulung menjadi pangkat saya di dalam keluarga bahgia ini. Kini dengan perasaan bangga dan megah saya memegang gelaran ini. Anak sulung bagi pandangan saya adalah lambang kepada cinta pertama ayah dan ibu saya. Mereka yang ‘gerun’ dengan title ini ialah mereka yang tidak merasa cinta yang ajaib dari emak dan ayah mereka. Tersangat rugilah orang-orang yang sebegini pada pandangan mata saya. 
Maka banyaklah jawatan yang telah di amanahkan olehNNYA pada hamba yang kerdil ini seperti anak, kakak, siswi dan yang paling besar sekali adalah HAMBA dan KHALIFAH Allah SWT. Permusafiran saya selesai di Maahad Ahmadi,Tnah Merah, Kelantan yang mana di sana terlalu banyak kenangan pahit dan manis menggambarkan memori dalam ingatan ini. Seusai berjalan mencari sedikit ilmu di sana saya menyambung menceduk  sebanyak ilmu ke gedung ilmu yanh terkenal iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM, Gombak, Selangor dalam jurusan yang saya minati iaitu Bahasa Arab. Bahasa Arab ialah Bahasa Syurga, Bahasa al-qur'an dan adalah menjadi suatu kerugian jika saya belajar tinggi-tinggi tetapi, bahasa al-Quran sendiri saya tidak fahami. Kitab mukjizat ini bukan hanya mengajar kita melalui isinya, tapi juga pada bahasanya. Maka amatlah berbangga untuk saya mengkaji bahasa syurga ini. Hal ini kerana saya memikirkan apa sumbangan yang boleh saya berikan untuk agama saya?   Moga-moga dengan usaha dan dengan izinNYA saya belajar akan bahasa ini dapatlah saya menolong diri saya serta menyampaikannya kepada mereka yang juga ingin memahaminya. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

No comments:

Post a Comment