Thursday, 21 February 2013


SALAM SEMAGAT JIHAD..
Pesanan untuk diri sendiri serta sahabat sekalian. Ilmu itu merupakan kekuatan ummat merentas zaman.  Andai hendak diungkit semula zaman 'Renainssance Islam' zaman silam, tidak tergambar izzah ummat islam di masa itu dek kerana keunggulan mereka meneroka bidang sains,fizik,astronomi,ekonomi,falsafah,sosial dan lain2 cabang ilmu duniawi lain. Semangat inkuiri mereka yang tinggi  untuk maju dalam bidang masing-masing tidak lain dan tidak bukan dilandaskan kepada kepercayaan kuat bahawa semakin tinggi ilmu, semakin tinggi darjat disisi Allah. Maka semakin kuat rasa taqarrub mereka kepada Sang Khaliq di samping membuktikan agama bukan penghalang kepada kemajuan ilmu dan kecerdikan minda bahkan  menjadi penggalak dan penjernih kepada ilmu dan minda itu sendiri.

Jadikan ilmu dunia yang sedang ditimba ini sebagai jambatan kita ke syurga. Jom kita kuasai bidang masing-masing di mana dengan ilmu tersebut kita dapat memakmurkan bumi Allah ini. Kita bukan saja mahu melahirkan pejuang jihad yang hanya tegar beraksi di pentas siasah dan lautan tarbiyah sahaja namun layu di taman akademik tapi kita mahu melahirkan profesional-profesional soleh dan solehah yang fasih berbicara tentang agama dan pada masa yang  sama mentadbir dunia dengan ilmu laduni nya.

No comments:

Post a Comment