Jijik kah dgn lalat ? ... Wahai diri, belajarlah dari lalat ...
ALLAH tidak menciptakan sesuatu itu dgn sia2 ...
Lalat tidak pernah putus asa bila berusaha mencari
rezeki .. kenapa engkau bersikap malas ?
Lalat tidak pernah mengalah dgn cobaan yg
dihadapinya .. kenapa engkau tidak tahan dgn cobaan/ujian ?
Lalat hanya makan mengikut kewajarannya
ciptaanya/Fitrahnya .. kenapa engkau makan benda2 yg dilarang ?
Lalat dikatakan sukakan najis padahal tujuannya
untuk membersihkan tempat yg bernajis atau petanda kpd manusia bahawa tempat
itu perlu dibersihkan .. kenapa engkau tidak menyedari bahawa di
tubuh sendiri (rohani dan jasmani) penuh dgn najis/kotoran ? kenapa liat nak
bersihkan ?
Lalat malah boleh menjadi penawar/obat .. engkau pula menjadi punca penyakit malah PUNCA DOSA BERLELUASA wahai diri ..
Hebat sangatkah aku .. Fikir-fikirkanlah wahai hati..
Jangan bersedih kerana
duniawi semata mata..
Dalam sebuah Hadith Sahih disebutkan:
"Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama
nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum
kepada orang kafir walau seteguk air pun."
Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari
sayap seekor nyamuk. Maka inilah hakikat sebenar nilai dan timbangan dunia ini
disisi Allah. Lalu atas alasan apa untuk kita bersedih dan gelisah kerana hal
dunia semata-mata?
Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang ulama yang
sangat masyur pernah mengatakan bahawa:
"Mengingati itu ibarat air kepada ikan, lihat
keadaan ikan apabila berjauhan tanpa air."
dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah juga pernah
mengatakan bahawa:
"Di dalam hati manusia ada kesedihan dan
tidak akan hilang kecuali gembira mengenali Allah."
Wahai diri..sedarlah engkau tidak punya apa-apa bahkan dirimu sendiri bukan hak milikmu yang mutlak..segalanya pinjaman kasihan dariNYA Yang Maha Kaya kerana kasihNYA DIA padamu..Bersyukurlah di setiap lepasan nafas mu wahai diri..
No comments:
Post a Comment