Saturday, 11 May 2013

Ikhlas untukmu Ibu

Detik masa terus berlari tanpa menunggu sesiapa dan semakin hari umur meningkat bersama roda pengedaran masa. Semua yang lahir di dunia ini dilahirkan oleh seorang wanita yang bergelar ibu, mama, emak dan pelbagai ungkapan lain yang berupa panghargaan kepada wanita yang melahirkan dengan penuh titisan peluh dan darah untuk anaknya yang tercinta. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan. Sajak ini ikhlas dariku untuk mu Ibu :

Ibu..
Harimu dalam hidupku adalah tiap kali ku mengingatimu
Tidak ku spesifikasikan masa yang khusus untukku sambut harimu ibu
Kerana dengan izinNYA
Hari-hari ku si setiap hari adalah harimu ibu
Tanda hari-hariku hari-harimu adalah dengan doa ini untuk mu Ibu  
RANIAH HARUN






 (UAI kata : Hari ibu itu tiap-tiap hari)

Akan ku kenang dikau di setiap ratiban doaku ibu kerana engkau Ibuku dunia akhirat. Ku tidak rela setitik air matamu jatuh kerana jahatnya aku kerana ku tahu setitik air mata mu yang jatuh ke pipi mu nan gebu itu maka hilanglah sepuluh kebajikan dariku.

Ibu..ibu..ku tidak sanggup melihat titisan air mata sedih mu. Biarlah aku melihat mutiara bahagia yang gugur di matamu kerana bahagia dengan kejayaan ku bukan sedih angkara kedurjanaanku.

Teringat dengan kisah baginda bersama dengan seorang lelaki yang datang kepad baginda Rasulullah saw. Kemudian lelaki tersebut bertanya : "Wahai Rasulullah siapakah yang paling berhak aku layani dengan baik? Baginda bersabda: Ibumu. Sahabat itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab : Ibumu. Sahabat itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab : Ibumu. Lalu ditanya lagi kepada baginda : Kemudain siapa? Baginda berkata : Ayahmu.

Besarnya pangkat mu wahai ibu..Apakah dengan memberi kata-kata indah boleh mengambarkan betapa insan yang bergelar ibu itu amat istimewa dan amat besar pengorbananya. Tiada kata untuk dikata, tiada ganti andai dia tiada, tiada ceria andai dia berduka, tiadalah ibu tiadalah kita, kerana IzinNYA ibu bersama.


~ Redhomu IBU redhonya ALLAH ~




No comments:

Post a Comment