Saturday, 11 May 2013

Tunjukkan Aku Cara Untuk Memeluk Islam

Tersentuh hati ku apabila membaca cerita ini di salah satu blog hamba Allah ini. Kisah ini tentang seorang imam di Barat yang menceritakan tentang pengalamannya.

Suatu hari ketika dia berada di sebuah masjid, dia didatangi oleh seorang lelaki yang berbadan tegap, berambut panjang yang diikat dibelakangnya, pakaiannya pula tidak ubah seperti seorang gengster. Badannya pula penuh dengan air basahan peluh.

Dia mendekati Imam tersebut. Lelaki itu berkata, "Tunjukkan aku cara untuk memeluk Islam"
Lalu Imam itu bertanya, "Siapakah kamu?" Lalu dijawabnya, " aku Carlos. Tunjukkan aku cara bagaimana boleh untuk ku jadi muslim?"

Lalu Imam tersebut pun mengislamkan lelaki yang bernama Carlos ini. Berulang-ulang kali lelaki ini mengucap dua kalimah syahadah dan betapa gigihnya dia berusaha mengucapkannya dan akhirnya berjaya di Islamkan oleh imam tersebut.

Imam itu bertanya, "Apakah yang membuatkan engkau ingin memeluk agama Islam ini?".
Jawab Carlos, "Aku sebenarnya langsung tidak tahu apakah itu Islam. Aku cuba mencari kebenaran di dalam hidupku yang kosong ini. Suatu hari, aku bermimpi cahaya datang kepadaku dan aku mendengar suara berkata, "Carlos, sekirannya engkau inginkan kebenaran, masuklah Islam", lalu aku terjaga. Aku hanya menganggap ianaya hanya mainan mimpi sahaja.

Keesokkan hari, aku bermimpi perkara yang sama. Pada kali ini, cahayanya lebih terang dan suara itu lebih kuat sehingga aku tersentak lalu terjaga dari tidur. Oleh itu aku mencari di manakah tempat untukaku menjadi Muslim."

Kemudian Carlos berkata lagi, "Apakah yang perlu aku lakukan seterusnya?". Imam itu berkata, " Pergilah bersihkan badanmu terlebih dahulu".

Carlos patuh dengan arahan Imam tu. Mata Imam itu memandang dengan terharu terhadap hambaNYA yang terlalu dahagakan akan kebenaran yang Haq ini sambil matanya terpaku pada badan lelaki ini ketika Carlos membuka bajunya itu penuh di badannya tatu salib. Walaupun demikian Carlos sudah bergelar Muslim.

Sejurus selepas itu zan berkumandang di semesta udara. Lalu Imam bersiap sedia untuk menunaikan solat.

Carlos mencelah, "Apakah yang kamu sedang lakukan?". Imam itu pun berkata, " Aku hendak solat, kamu duduk sahaja di hujung sana". Carlos pun berkata, " Aku ingin solat, tetapi aku tidak tahu solat".

Mulianya hatimu Carlos.. Bisik hati imam.
Imam itu menjawab, "Kalau begitu, kamu berdiri dibelakangku dan ikut sahaja pergerakanku".
Lalu Carlos mengikuti solat imam tersebut sehinggalah selesai solat. Imam tersebut dapat merasakan solat Carlos begitu tertib sekali.

Setelah beberapa lama, imam merasakan Carlos terlalu lama bersujud. Diangkatnya perlahan-lahan dan berbisik kepada Carlos, "Solat sudahpun selesai". Namun Carlos tetap dengan keadaannya yang tidak bergerak-gerak dan tiada respon yang diberinya. Dengan perlahan Carlos disentuh imam, tiba-tiba Carlos jatuh dari sujudnya itu.

Tersentak imam itu mendapati bahawa Carlos tidak bernyawa lagi. Allah telah menjemput hambanya sejurus hambanya itu mengaku bahawa DIA lah tuhan dikala hambaNya mendirikan solat pertama di dalam sujud terakhirnya.

Ya Allah, betapa kasihnya Engkau pada hambaMu. HidayahMu dimana-mana. Jadikanlah juga pengakhiran yang baik untuk ku. Subhanallah.


Sumber suatuperjalananmaya

No comments:

Post a Comment